Bila sebut tentang penyakit tiroid, paling jelas dan ketara di fikiran kita adalah benjolan di bahagian leher kan.

Itu adalah antara tanda untuk penyakit tiroid.

Tiroid merupakan satu kalenjar yang berbentuk rama-rama di bahagian leher kita. Fungsi tiroid dalam badan kita adalah untuk mengawal metabolisma badan dengan melepaskan hormon yang dipanggil T3 dan T4.

 

Apa itu hormon T3 dan T4?

T3 adalah hormon triiodothyronine.

T4 adalah hormon thyroxine.

Bagaimana Mengawal Hormon Tiroid?

Pasti semuanya daripada otak kita yang mengawalnya kan. Ada satu bahagian di otak kita iaitu pituitary yang akan menghasilkan hormone TSH (thyroid stimulating hormone).

TSH ini akan meransang kalenjar tiroid kita untuk merembes T3 dan T4.

Bila T3 dan T4 cukup dirembeskan, secara automatik hormon ini akan menghantar isyarat ke otak untuk TSH ‘berhenti’ merembes.

Kawalan pengeluaran hormon yang ‘cantik’ kan. Tiada terlebih ataupun terkurang hormon dirembeskan untuk pastikan sistem metabolisma badan kita normal.

Penyakit tiroid dibahagikan kepada:

1. Hypothyroidism (tiroid kurang ataupun tidak aktif)

2. Hyperthyroidism (tiroid terlebih ataupun terlajak aktif)

Apa itu Hypothyroidism?

Hormon untuk T3 dan T4 kurang maka tahap metabolisma badan kita rendah.

Bila buat pemeriksaan darah, doktor akan kenalpasti yang:

TSH adalah tinggi

T3 dan T4 adalah rendah

 

TSH menjadi tinggi disebabkan oleh T3 dan T4 tidak dapat menghantar isyarat ‘berhenti’ kepada otak. Maka otak akan sentiasa menghasilkan TSH dengan menganggap badan tidak cukup T3 dan T4.

Tanda Hypothyroidism adalah:

i. Badan cepat letih disebabkan makanan yang diambil tidak mampu ditukarkan menjadi tenaga.

ii. Hilang selera makan disebabkan badan lemah.

iii. Berat badan memang mudah naik disebabkan metabolisma rendah.

iv. Akan mempengaruhi kitaran haid yang tidak teratur, kulit kering dan juga rambut mudah gugur.

Antara Punca Terjadinya Hypothyroidism adalah:

1) Masalah Autoimmune

Keadaan di mana sistem antibodi badan menyerang sel sel tiroid itu sendiri menyebabkan sel mati dan tidak boleh berfungsi. Ini dipanggil Hashimoto.

2) Kandungan Iodin Kurang

Iodine sangat diperlukan untuk merembes hormone T3 dan T4 ke dalam darah.

3) Kandungan dadah dalam ubat

Pengambilan sesetengah ubat menyebabkan fungsi tiroid menjadi kurang. Contohnya lithium dan amiodarone.

4) Thyroidectomy

Iaitu melakukan pembedahan untuk buang tiroid atas sebab tertentu. Bila tiada tiroid maka tiada T3 dan T4.

Secara detail tentang hypothyroidism boleh rujuk di artikel Cara Bantu Pesakit Hypothyroidism Kembali Bertenaga?

 

Image result for tiroid

Image result for tiroid

 

Pemeriksaan benjolan

Apa itu Hyperthyroidism?

Hormon untuk T3 dan T4 dirembeskan berlebihan menyebabkan metabolisma badan tinggi.

Manakala bila buat pemeriksaan darah, doktor akan kenalpasti yang:

TSH adalah rendah

T3 dan T4 adalah tinggi

Tanda Hyperthyroidism adalah:

i. Jantung kerap berdegup laju dan sentiasa berdebar-debar.

ii. Kuat berpeluh.

Ini salah satu masalah hiperhidrosis iaitu peluh berlebihan yang saling berkait rapat dengan penyakit tiroid.

iii. Kerap rasa gelisah tidak menentu dan tangan jadi mengeletar.

iv. Bila metabolisma tinggi maka berat badan mudah susut dan susah nak naik.

Antara Punca Terjadinya Hyperthyroidism adalah:

1) Autoimmune 

Berlainan dengan keadaan hyperthyroidism.

Di mana antibodi badan kita ‘menyamar’ menjadi TSH, lalu merangsang tiroid kita untuk menghasilkan lebih banyak T3 dan T4.

2) Toxic Multinodular Goitre/ Single Toxic Nodule

Ada ketulan tiroid dalam badan yang menghasilkan T3 dan T4 dengan sendiri tanpa ‘arahan’ TSH.

3) Thyroiditis

Terjadinya jangkitan virus yang menyebabkan keradangan pada kalenjar tiroid. Biasanya kesan ini hanya sementara sahaja.

4) Kehamilan

Hormon semasa mengandung iaitu Beta HCG juga boleh meransang tiroid ini. Dan biasanya kesan ia hanya sementara sahaja.

 

alternatif rawatan tiroid

 

Cara Rawatan Tiroid

Bergantung kepada diagnosis yang dilakukan oleh pihak hospital. Sesetengah kes memerlukan pembedahan. Ada juga hanya memerlukan ubat sahaja.

  • Pembedahan

Bagi yang melakukan pembedahan, biasanya tiroid akan dibuang pastinya tiada lagi T3 dan T4 kan. Jika sebelum ini jadi hyperthyroidism, kemudian akan menjadi hypothyroidism pula kan.

Bila terjadi hypothyroidism, pesakit terpaksa mengambil ubat sebagai pengganti T3 dan T4 dan perlu dipantau secara kerap untuk elak terjadi hyperthyroidism.

Memang memeningkan pesakit tiroid.

Terlebih dose ubat pun bahaya.

Terkurang dose ubat pun bahaya kan.

  • Keradangan Tiroid

Bila ada jangkitan kuman yang menyebabkan keradangan, masalah tiroid akan hilang bila tiada jangkitan.

  • Berkaitan dengan Sistem Antibodi

Ia akan mengambil masa yang lama untuk sembuh. Salah satunya dengan pengambilan vitamin/suplemen.

Alternatif Rawatan Tiroid Yang Boleh Membantu Anda

Vivix antara paling sesuai untuk membantu penyakit tiroid tidak kira hypothyroidism ataupun hyperthyroidism.

 

IMG_20161023_153706

 

Kandungan resveratrol dalam vivix boleh membantu untuk stabilkan hormon tiroid. Ini diperakui melalui kajian dan journal yang dikeluarkan iaitu Resveratrol and Thyroid Function dimana;

“Resveratrol dipercayai mengawal beberapa proses biologi, terutamanya metabolisme dan penuaan. Resveratrol juga mempengaruhi fungsi tiroid dengan meningkatkan perangkap iodida dan, dengan meningkatkan rembesan TSH melalui pengaktifan laluan sirtuins dan phosphatidylinositol- 4-fosfat 5 γ kinase (PIP5Kγ) , yang mana memberi kesan positif kepada metabolisme.”

Bagi pesakit tiroid, pemeriksaan secara berkala dengan pihak hospital sangat-sangat penting untuk pemantauan.

 

 

Testimonial Pesakit Tiroid

IMG_20160322_122352

 

IMG_20160322_124604

 

 

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Untuk dapatkan info lanjut mengenai masalah atau produk seperti di atas serta konsultasi eksklusif khas untuk anda, sila hubungi saya segera:

 

 

 

Hawa Rashid
Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Kuala Terengganu & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
013 – 4076351

SID No.:
915471

Email:
sitimr86@gmail.com

 

Alternatif Rawatan Tiroid Yang Boleh Membantu Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *