Masalah keputihan merupakan antara masalah yang sering menghantui para wanita kan? Pernahkah anda mengalami masalah ini? Masalah keputihan biasanya menyebabkan gatal-gatal kadang sampai segan ada bau yang kurang menyenangkan. Jangan risau, jom ketahui cara atasi masalah keputihan  dengan cepat untuk cegah bau.

Ramai wanita muda terutama yang sudah berkahwin pun masih mengalami masalah keputihan yang tak normal. Mengikut statistik 75% di kalangan wanita ada masalah ni cuma yang membezakan mereka samada ia kronik atau tak.

Jangan risau keputihan yang jernih dan berlendir serta tidak berbeku adalah normal. Tetapi jika ada keradangan dan gatal-gatal serta warna berubah menjadi kuning atau kehijauan itu bermasalah. Jangkitan dan pertumbuhan bakteria mula mengganggu keputihan yang normal.

APA YANG MENYEBABKAN KEPUTIHAN TIDAK NORMAL?

Perubahan keseimbangan bakteria normal faraj boleh menjejaskan bau, warna, atau tekstur keputihan.

Ini adalah beberapa perkara yang boleh mengganggu keseimbangan tersebut:

  • Penggunaan antibiotik atau steroid
  • Vaginosis bakteria – jangkitan bakteria yang lebih biasa pada wanita hamil atau wanita yang mempunyai banyak pasangan seksual
  • Pil perancang
  • Kanser serviks
  • Chlamydia atau gonorrhea (STD), jangkitan seksual
  • Kencing manis
  • Meruang (douches), penggunaan sabun wangi atau losyen, mandi buih
  • Jangkitan pelvik selepas pembedahan
  • Penyakit radang pelvis (PID)
  • Trichomoniasis – jangkitan parasit yang biasanya disebabkan oleh seks yang tidak terkawal
  • Atrofi faraj – penipisan dan kekeringan dinding faraj semasa menoupaus
  • Vaginitis – kerengsaan di dalam atau di sekitar faraj
  • Jangkitan yis

Punca Masalah Keputihan

  1. HORMON TAK STABIL disebabkan pengambilan ubatan dalam masa yang panjang seperti antibiotik atau steriod, pil perancang kehamilan atau mengalami tekanan /stress akibat masalah peribadi atau di tempat kerja. Perubahan hormon semasa kehamilan
  2. KEBERSIHAN perlu dititikberatkan terutama di bahagian sulit. Pastikan basuh dengan bersih dan keringkan. Persekitaran yang lembab boleh memburukkan lagi kuman merebak.
  3. DIABETES atau penghidap kencing manis sering terganggu dengan masalah keputihan ini kerana tahap gula dalam darah yang tinggi.
  4. JANGKITAN KULAT
  5. SIMPTOM MENOPAUS seperti penipisan dinding faraj menyebabkan kekeringan akibat perubahan hormon.

 

Ikuti pengalaman wanita ini :

DERITA 15 TAHUN KEPUTIHAN YANG TERUK DAN BERBAU KEMBALI PULIH

KEPUTIHAN. Sejak zaman anak dara lagi dah ada masalah keputihan ni. Tapi tak tahulah ia makin lama makin teruk bila dibiarkan. Lagi lagi masa sekolah menengah dulu, aktif dengan badan beruniform. Hari hari ada latihan kawad kaki, belum dikira ber”camping” lagi. Bab kebersihan memanglah tak jaga sangat. Masa tu pula, takdelah didedahkan pasal masalah yang boleh dihidapi di tempat sulit macam sekarang ni. Dulu bab bab tu semua disembunyikan. Ia jadi isu yang memalukan.
.

Keputihan adalah perkara normal bagi setiap wanita. Keputihan dianggap normal jika cecair yang keluar adalah jernih, tak berwarna, tak berbau dan tak berasa gatal-gatal .. Keputihan menjadi bermasalah atau boleh juga dianggap berpenyakit jika cecair berwarna pekat, warna putih kekuningan , berbau , bergumpal dan berasa gatal.
Keputihan ni mulalah sedikit, tapi lama lama ia menjadi teruk bila semakin gatal saat berpeluh. Sehinggakan terpaksa memakai pad pantyliner setiap hari untuk elakkan gatal semakin menjadi jadi. Tapi, tak tahu nak bertanyakan pada siapa untuk elak macamana keputihan tu. Sampaikan, kerap sangat basuh di bahagian tersebut setiap kali gatal, atau membuang air besar. Ke hulu hilir bawa “femine wash” untuk pastikan bahagian tersebut di basuh bersih.
.

Masa mengandung, masalah keputihan semakin menjadi jadi dan bila diajukan pada doktor dan nurse semasa “check up” bulanan, diaorang kata memang itu masalah biasa untuk ibu hamil. Lagi jadi masalah bila perut semakin membesar dan ia menjadi jadi semakin gatal. Ada orang suruh basuh bahagian tersebut dengan air sirih yang direbus dan letakkan daun sirih di bahagian tersebut. Kak Ct buat juga. Tapi sekejap je hilang gatalnya. Esok lusa, ia datang balik.
.

Pernah berjumpa doktor dan doktor pun sahkan masalah keputihan Kak Ct sangat teruk. Jadi doktor masukkan sejenis ubat untuk mengelakkan bakteria merebak ke dalam organ organ dalaman. Ambil juga ubat yang diberikan oleh doktor, tapi hanya seminggu atau selagi makan ubat yang diberikan. Bila tak makan ubat, ia datang balik. Doktor sendiri tak bagi kak ct makan ubat yang dose lebih tinggi sebab masa tu tengah mengandung.
.

Akhirnya, selepas bersalinkan Zafran, dan mencari maklumat berkenaan suplemen penyusuan, terjumpa artikel berkenaan merawat masalah keputihan juga. Macam best, nak cuba juga. Jadi belilah set penyusuan ( ALFALFA, ESP, SR VITAMIN C, B COMPLEX, VITALEA, OSTEMATRIK) dan add on garlic untuk elakkan bakteria semakin merebak dan bantu matikan kulat dibahagian tersebut.
.

Tak sangka, selepas 2 3 bulan konsisten ambil alfalfa dan garlic, masalah keputihan dapat diatasi. Bermula dengan kurang rasa gatal walaupun berpeluh, sehingga dah kurang bau, suami juga akhirnya menegur akan kurangnya masalah keputihan tersebut. Kalau tak, sebelum ni, dia juga komplen akan masalah yang kak ct hadapi. Lama lama, kak ct juga yang malu sendiri dengan keadaan begitu. Ianya, waktu “bersama” adalah waktu yang seronok, tapi ia jadi sebaliknya dengan bau yang tidak sedap dan akhirnya, keinginan itu terus mati disitu. Sedih sangat
.

Tapi kini, Alhamdulillah, walaupun ia tak 100% hilang, ia tidak lagi berbau teruk dan keputihan pun pada tahap yang baik dan hanya datang sebelum 2 3 hari nak haid saja. Pantyliner pun dah lama tak guna. Nak bergerak aktif pun dah tak risau akan berpeluh banyak dan mula gatal gatal. Seronok sangatlah. Garlic dan alfalfa, 2 suplemen wajib yang kak ct ambil hari hari. KITA ENJOYS!!!
.

Bawang putih memang diketahui sangat berguna untuk kesihatan manusia kerana membantu dalam membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, perbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah. Manakala alfalfa pula adalah sejenis herba dan sangat diakui dalam keberkesanan untuk kesihatan dalaman wanita. Alfalfa bertindak sebagai kacip fatimah buat isteri. Kacip Fatimah?? Tau tau jelah apa manfaat nya kan? Yang itu pun kak ct dapat manfaatnya. Buat suami tersenyummm saja. opss

Lagi Testimoni:

Image result for masalah keputihan

 

 

ATASI MASALAH KEPUTIHAN DENGAN SUPLEMEN

 

GLA COMPLEX – Kebanyakkan GLA (gamma-linolenic acid) tersedia di pasaran dihasilkan daripada Evening Primrose Oil (EPO), manakala GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO! GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon estrogen & testosterone.

ALFALFA COMPLEX – Alfalfa bermaksud “raja segala makanan” dan ada sebab gelaran tersebut diberikan – ia sangat berkhasiat. Alfalfa mempunyai sistem akar tunjang yang boleh mencecah sedalam 6 meter ke bawah, membolehkan ia menyerap lebih banyak nutrien dari tanah. Tumbuhan ini membekalkan lebih 300 nutrien dan mineral termasuk kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, klorofil, bioflavonoid, mineral surih dan vitamin. (Nota: Wanita hamil tidak digalakkan untuk mengambil Alfalfa Complex)

GARLIC COMPLEX – Alisin, yang memberikan bau ketara bawang putih, adalah sebatian berharga dalam bawang putih yang mempunyai pelbagai manfaat seperti memelihara kesihatan tubuh. Shaklee menggabungkan manfaat kesihatan bawang putih dan herba rosemary sebagai antioksidan dan juga bertindak sebagai antibiotik semulajadi bagi memerangi bakteria.

SUSTAINED RELEASE VITAMIN C – Vitamin C adalah vitamin penting yang larut air dan mempunyai pelbagai fungsi kepada tubuh, dengan fungsi utama sebagai antioksida yang baik. Sustained Release Vita-C PlusTM adalah produk semulajadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.

Ia mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa 5 jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurang pembaziran. Ini bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama 5 jam.

Diperkayakan dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesananya.

Cara Dapatkan Produk Shaklee?

Untuk dapatkan info lanjut mengenai masalah atau produk seperti di atas serta konsultasi eksklusif khas untuk anda, sila hubungi saya segera:

 

Hawa Rashid
Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Kuala Nerus,UMT,UNISZA, Kuala Terengganu & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
013 – 4076351

SID No.:
915471

Email:
hawa2u.com@gmail.com

Cara Atasi Masalah Keputihan Dengan Cepat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *