Image result for sakit tumit

 

Cara Atasi Sakit Tumit Dengan Cepat Dan Berkesan

Sakit tumit boleh dialami oleh sesiapa sahaja tidak mengira umur. Tetapi ramai yang mengambil mudah tentang sakit tumit sehinggalah keadaan menjadi bertambah buruk. Sakit tumit ketika bangun tidur di waktu pagi boleh menyebabkan seseorang sukar untuk berjalan.

Punca Sakit Tumit

Antara punca sakit tumit kaki adalah kerana tekanan yang berlebihan, keradangan pada lapisan lemak di tumit dan ketumbuhan spur atau tulang kecil di tumit.

Tekanan yang berlebihan di tumit disebabkan oleh kelemahan otot hamstring dan sendi lutut yang terlalu kebelakang, menyebabkan segala berat badan tertumpu tumit dan bukan di tengah tapak kaki.

Terdapat beberapa punca akibat masalah kesihatan yang boleh menyebabkan sakit tumit berlaku. Diantaranya ialah:

  1. Plantar Fascitis
    • Berlaku radang pada tisu yang dikenali sebagai plantar fascia. Hal ini disebabkan stress yang kronik pada kaki. Contohnya berjalan kaki dalam jarak yang terlalu jauh.
  2. Calcaneal Spur
    • Tumbuh tulang yang tajam pada tulang kalkeneal. Tulang ini boleh mencederakan tisu disekeliling tulang tersebut ketika pesakit berjalan.
      Tulang tajam pada hujung tumit
  3. Pad lemak pasa kaki mengecut (Fat Pad Atrophy).
  4. Sindrom terowong tarsal.
    • Terowong tarsal terletak pada bahagian dalam buku lali. Apabila saraf tibial terhimpit di dalam terowong tarsal, tumit akan mulai sakit.
  5. Keretakan pada tulang kalkaneal disebabkan stress berulang.
  6. Ketumbuhan pada tulang.

TIPS:

1. Senaman Tapak Kaki

Tumit kaki akan merasa sakit dan bisa bila kekurangan darah dan oksigen di bahagian tersebut. Amalkan beberapa senaman tapak kaki yang banyak dikongsikan di laman sesawang untuk redakan kesakitan tumit.

Antara yang paling mudah adalah dengan melakukan regangan di tapak kaki. Cara-caranya adalah seperti berikut:-

  • Duduk di atas kerusi dan silangkan kaki atas lutut anda yang lain;
  • Bengkokkan pangkal jari anda dan tarik ia ke arah badan anda sehingga anda rasa regangan yang selesa;
  • Tahan regangan tidak kurang daripada 30 saat;
  • Ulangi latihan ini 5 hingga 10 kali dengan regangan yang sedikit dan sederhana dan tanpa sakit.

Anda juga digalakkan untuk membuat sedikit regangan tapak kaki sebelum tidur dan bangun dari tidur supaya otot tidak terkejut.

2. Rendaman Kaki

Rendaman kaki bagus untuk melegakan tekanan pada tapak kaki. Lepas seharian bekerja dan berdiri mesti letih tumit kaki tu kan?

Anda boleh amalkan cara ini untuk legakan tekanan pada tapak kaki anda. Sediakan air rendaman kaki dalam besen. Campurkan air suam bersama garam kasar dan campuran bunga-bungaan (alternatif kalau nak kaki harum). Rendam kaki selama ½ jam, anda akan rasa tumit kaki lebih rileks.

3. Pilih kasut Yang Sesuai

Pemilihan kasut yang sesuai amat memain peranan pada tapak dan tumit kaki. Selain design yang cantik, kasut juga harus memberi keselesaan dan tampungan yang baik pada kaki.

Pilih kasut yang sediakan span yang mencukupi pada tapak kaki. Elakkan kasut yang mempunyai tapak yang nipis kerana ia tidak memberi support yang baik pada tapak dan tumit kaki.

4. Pilih aktiviti riadah yang sesuai

Aktiviti riadah /senaman memang baik pada tubuh badan kita. Namun, untuk mereka yang mudah sakit pada tumit kaki, anda perlu kurangkan aktiviti riadah yang memerlukan anda untuk berjalan atau berdiri pada masa yang lama seperti berjoging atau berlari.

Anda digalakkan untuk melakukan aktiviti seperti berenang atau berbasikal kerana ianya aktiviti yang memberi kurang tekanan pada tapak dan tumit kaki.

5. Berikan Haba Pada Tumit Kaki

Jika anda selalu terdedah pada suhu yang sejuk, seperti di office atau tempat kerja, anda digalakkan untuk memakai stoking bagi mengekalkan sedikit haba pada tapak dan tumit kaki.

Suhu yang sejuk dapat memberi tekanan pada otot kaki. Jadi amalkan untuk memakai stoking ya untuk memberi kelegaan pada tapak dan tumit kaki tu.

Produk Cepat Dan Berkesan Atasi Sakit Tumit Kaki

Anda boleh cuba beberapa produk yang cepat atasi sakit tumit:

cara hilangkan sakit tumit

TESTIMONI

 

Image result for sakit tumit

Image result for sakit tumit

 

 

 

[SAKIT TUMIT SEMBUH & BACAAN DARAH TINGGI MENURUN SELEPAS AMALKAN VIVIX]
.
Assalamualaikum..
Nama saya Arbayiah Binti Mohd Noh dan berumur 53 tahun. Saya seorang suri rumah dan kini menetap di Selangor serta mempunyai 5 orang anak. Saya ingin berkongsi pengalaman saya mengamalkan Vivix kerana masalah darah tinggi, sakit tumit dan cepat penat.
.Saya pernah mencuba pelbagai suplemen, berjumpa doktor dan membeli produk lain seperti Jus Nusantara, Jus dari produk Zhulian dan macam-macam lagi. Doktor juga membekalkan ubat-ubatan setiap kali selepas check up.
.Saya mula mengenali Shaklee melalui phamplet yang dibawa pulang oleh anak saya, Nurliyana. Beliau merupakan seorang pengedar Shaklee. Saya juga turut membuat pembacaan di Internet untuk mengetahui kandungan Vivix serta membaca testimoni-testimoni di Internet.
.

Saya mengambil 1 sudu teh Vivix setiap pagi. Selain Vivix, saya turun mengambil Ostematrix setiap hari. Selepas 5 bulan mengamalkan kedua-kedua produk ini secara konsisten, bacaan darah tinggi saya telah menurun dan dulu setiap 1-2 bulan saya perlu pergi ke klinik untuk check up, kini cuma 6 bulan sekali sahaja. Saya juga telah menghabiskan 2 botol Vivix dalam tempoh 5 bulan ini.
.

Saranan anda saya untuk pembaca yang mempunyai masalah seperti saya, minumlah Vivix untuk kesihatan yang menyeluruh. Saya berasa sangat gembira kerana bacaan darah tinggi saya telah berkurang bacaannya. Saya juga sangat berpuas hati sebab dengan Vivix ini saya tidak lagi perlu mengambil ubat-ubat lain. Ianya memudahkan saya yang tak suka sangat makan ubat ini.
.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anak saya kerana memperkenalkan Vivix kepada saya. Selama 4 tahun saya menghidap darah tinggi ini, akhirnya saya bebas. Malah berat badan saya juga turun dengan banyak selepas mengamalkan Vivix.

Terima kasih Vivix! Saya sayang Vivix! 

Arbayiah Binti Mohd Noh

Cara Dapatkan Produk Shaklee?

Untuk dapatkan info lanjut mengenai masalah atau produk seperti di atas serta konsultasi eksklusif khas untuk anda, sila hubungi saya segera:

Hawa Rashid
Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Kuala Nerus,UMT,UNISZA, Kuala Terengganu & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
013 – 4076351

SID No.:
915471

Email:

sitimr86@gmail.com

Cara Hilangkan Sakit Tumit Kaki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *