Deskripsi Slip Disc

Persoalan di atas merupakan antara yang biasa kami terima dari pelanggan berkenaan tentang masalah ‘slip disc’. Secara ringkasnya, slip disc adalah keadaan dimana tulang belakang telah berganjak atau telah tergelincir dari posisi kedudukan asalnya.

Disc di sini merujuk kepada bahagian pelapik serap-hentak antara vertebra tulang belakang. Ia tidaklah menggelongsor sebenarnya, cuma mungkin bergerak, berganjak atau pecah.

Ini menyebabkan cakera rawan dan tisu berhampiran bocor (hernia) dan kandungan seperti gel di dalamnya terkeluar ke kawasan tisu sekitar.

Seterusnya mencetuskan tekanan kepada saraf tunjang atau saraf lain bersebelahan, menjadi punca kepada gejala ‘Slip Disc’.

– Emedicinehealth.com
Slipped Disk Overview

 

Slip-Disc

 

Antara simptom atau tanda-tanda masalah ‘slip disc’ ialah pesakit biasanya akan berasa sakit belakang, kejang otot, kebas-kebas dan lemah-lemah badan serta  gagal mengawal pembuangan air kecil atau besar.

Jika anda tiba-tiba kerap berasa sangat sakit seperti mencucuk-cucuk dan inflamasi (rasa terbakar) terutamanya pada bahagian bawah belakang, tengkuk dan bahu, segeralah berjumpa dengan doktor anda.

Bincang dan ketahui keadaan sebenar mengenainya secara istilah perubatan dan  jangan biarkan ia melarat kerana boleh menyebabkan komplikasi kronik seperti lumpuh.

Faktor Penyumbang Kepada Masalah Slip Disc

Adakah Slip Disc hanya berlaku pada tulang belakang kawasan pinggang sahaja? Tidak, kebanyakkan kes juga berlaku pada pangkal tulang belakang di leher dan sekitarnya.

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada masalah berkaitan dengan sakit slip disc ini. Diantaranya ialah disebabkan:

  • Faktor Mekanikal : Postur badan yang tidak betul mungkin semasa melakukan kerja-kerja kasar, mengangkat benda-benda berat, bersukan atau berat badan berlebihan  yang menyebabkan tekanan berterusan kepada struktur tulang belakang.
  • Faktor Trauma : Kecederaan otot atau patah tulang belakang mungkin akibat kemalangan, terjatuh atau kesilapan semasa dalam pergerakan aktif atau sewaktu bekerja.
  • Faktor Nutrien : Kekurangan nutrien yang menyebabkan kemerosotan stabiliti atau elastisiti otot serta kerapuhan tulang (osteoporosis) akibat peningkatan usia.
  • Faktor Genetik : Sesetengah individu mungkin kurang bernasib baik kerana mengalami pembawaan genetik yang menyebabkan kemerosotan fungsi ‘disc’, punca kepada slip disc itu sendiri.

Klik! >> Rawatan Slip Disc (Kaedah Alternatif)

Kaedah Rawatan Untuk Mengatasi Masalah Slip Disc

Kesakitan akibat slip disc mungkin berpanjangan jika tidak dirawat dengan sebaiknya. 7 cara berikut mungkin dapat membantu meredakan masalah berkaitan sakit tulang belakang:

1   Rehat secara tenang dan relaks

Cuba pelbagai posisi rehat yang boleh menurunkan kadar sakit belakang seminimumnya untuk merasai keselesaan yang sebaik mungkin.

Kaedahnya seperti berbaring di atas lantai rata, berlapik tilam sederhana dengan bantal di kepala dan di bawah kaki. Atau boleh juga berbaring mengiring dengan bantal di antara celah kaki.

Ia begitu subjektif, tetapi boleh juga mencuba kaedah yang lain bergantung kepada keselesaan anda. Yang penting, jangan berada pada satu-satu posisi dalam masa yang lama.

2   Berjalan kaki sedekat boleh

Pergerakan mungkin membantu mengurangkan rasa sakit. Ambil sedikit masa antara 10 hingga 20 minit) berjalan di atas permukaan rata (tidak curam, mendaki atau bertangga).

Ulangi untuk setiap 2 atau 3 jam sekali. Berjalan dalam jarak yang pendek sudah memadai supaya kesakitan boleh dikawal dan tidak timbul masalah sakit kaki.

3   Ambil ubat jika perlu

Selepas pemeriksaan doktor, pesakit kebiasaannya disarankan untuk berehat, menghadkan aktiviti dan diberi preskripsi ubat tertentu.

Sakit belakang bukan masalah yang kecil, patuhi preskripsi ubat yang diberikan dan ambil ikut dos dan masa yang ditetapkan.

Sekurang-kurangnya ia membantu mengurangkan peritnya kesakitan tulang belakang yang bukan main calang-calang rasa sakitnya.

4   Cuba terapi haba atau ais

Kaedah ini tidaklah mendapat pembuktian secara klinikal akan keberkesanannya. Cuma boleh dicuba sama ada boleh membantu mengurangkan kesakitan akibat slip disc.

  • Gunakan heating pad dengan suhu sederhana. Tekap atau balut pada bahagian yang sakit sekitar 15 ke 20 minit dan lakukannya 2 atau 3 jam sekali.
  • Amalkan mandian air suam atau mandi dengan pancuran air hangat sekali sekala.
  • Guna balutan haba pakai buang yang boleh bertahan lama sehingga 8 jam atau lebih.
  • Guna pek ais bahagian yang sakit sekitar 10 ke 15 minit.
  • Atau boleh juga guna seketul ais sederhana besar atau sayur sejuk beku yang dibalut dalam tuala nipis. Lakukannya untuk 2 hingga 3 jam sekali.

5   Terapi fizikal

Apabila pergerakan terbatas dalam had tertentu, terapi fizikal boleh membantu. Kaedah ini boleh dilakukan sama ada di klinik, hospital, rumah dengan bantuan oleh pakar terapi fizikal.

Kebiasaannya dimulakan dengan kaedah mengurangkan kesakitan dan bengkak, kemudian kepada sesi memperbaiki fleksibiliti, koordinasi, kekuatan dan ketahanan.

Mungkin memerlukan beberapa kaedah senaman dalam program terapi ini.

6   Pembedahan tulang belakang

Nisbahnya berlaku kepada 1 daripada 10 pesakit slip disc. Rasanya sedikit ngeri.

Tetapi mungkin pilihan terbaik apabila kerosakan saraf atau kesakitan menjadi semakin kronik atau gagal sembuh sekurang-kurangnya selepas 4 minggu kaedah rawatan lain.

7    Pengambilan suplemen untuk tulang belakang

Merujuk kepada laman livestrong.com, terdapat beberapa suplemen yang boleh membantu memperbaiki kerosakan tisu akibat masalah slip disc.

 

Antara kebaikan suplemen ialah ia boleh membantu masalah slip disc anda secara dalaman setelah rawatan asas dan rujukan daripada doktor.

Juga baik sebagai langkah awal mengatasi masalah slip disc jika anda mengalami simptom atau tanda-tana awal gejala slip disc.

suplemen slip disc

Cara Dapatkan Produk Shaklee?

Untuk dapatkan info lanjut mengenai masalah atau produk seperti di atas serta konsultasi eksklusif khas untuk anda, sila hubungi saya segera:

Hawa Rashid
Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Kuala Nerus,UMT,UNISZA, Kuala Terengganu & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
013 – 4076351

SID No.:
915471

Email:
hawa2u.com@gmail.com

 

 

Cara Mengurangkan Sakit Slip Disc Pada Tulang Belakang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *