Setuju ke tak saya kata faktor keturunan punca susu ibu kurang? Ermmm…jawapan saya tak setuju…anda bagaimana? Fakta sebenarnya ialah kemungkinan untuk anda menghadapi masalah fizikal yang menghalang anda untuk menyusukan bayi adalah sangat kecil peratusannya. Apatah lagi faktor keturunan yang sebenarnya hampir tiada kena mengena langsung dengan penyusuan susu ibu!

Amat jarang sekali seorang ibu mengalami masalah kekurangan susu oleh faktor-faktor semulajadi. Masalah susu kurang di awal-awal minggu penyusuan adalah perkara biasa dan bersifat sementara sahaja. Semua orang mengalaminya termasuklah saya sendiri terutamanya bagi ibu yang pertama kali melahirkan anak. Masalah ini akan dapat di atasi apabila aktiviti menyusu anak menjadi stabil. Justeru, jangan berasa stress kerana ianya adalah hal yang normal.

Kita perlu secara konsisten menggalakkan si manja untuk menyusu dengan lebih kerap dalam keadaan yang selesa dan tidak stress. Bekalan susu menjadi kurang jika bayi kurang disusukan, kedudukan penyusuan yang tidak betul dan mengehadkan masa menyusu anak. Teknik power pumping juga perlu dilakukan.

Image result for cara bayi menyusu

 

Image result for cara bayi menyusu

 

 

Fakta Penting Perlu Diketahui Oleh Para Ibu.

Bayi yang baru lahir perlu menyusu  sekurang-kurangnya 10 hingga 12 kali dalam sehari. Biasanya, kebanyakan bayi akan menyusu lebih daripada jumlah tersebut.

Semakin kerap bayi kita menyusu, semakin cepat payudara ibu akan dikosongkan dan susu akan dihasilkan dengan lebih banyak. Ini kerana apabila payudara ibu kosong, ia akan menghantar isyarat kepada otak yang ‘demand’ sangat tinggi dan ‘supply’ perlu ditingkatkan untuk memenuhi permintaan selaras dengan hukum ‘demand’ dan ‘supply’ dalam teori ekonomi. Kebanyakan bayi akan menyusu dalam tempoh 30 hingga 40 minit untuk setiap sesi menyusu susu ibu. 

Berikan kebebasan kepada anak kecil anda untuk mengawal penyusuan sehingga puas dan akhirnya melepaskan sendiri puting susu apabila sudah kenyang.

Kafein Punca Susu Kurang

Mengikut orang-orang tua dahulu, semasa pantang digalakkan minum kopi atau nescafe termasuklah nenek saya sendiri. Walhal sebenarnya antara faktor yang menyebabkan susu ibu tidak banyak adalah pengambilan kafein secara berlebihan. Secara berlebihan di sini bermaksud mengambil lebih dari lima cawan kopi dalam sehari.

Antara faktor lain yang boleh menyumbang kepada kekurangan susu ibu termasuklah:

  • Amalan merokok oleh ibu. Amat jarang sekali berlaku dalam masyarakat Malaysia.
  • Penggunaan ubat penenang, antihistamin atau pil perancang keluarga.
  • Bayi juga boleh menjadi penyumbang kerana berkemungkinan menghadapi masalah menghisap puting susu ibu. Biasanya ini adalah bersifat sementara. Anda boleh rujuk dengan rakan-rakan yang lebih berpengalaman atau pun kaunselor penyusuan susu ibu berdaftar seperti saya.

 

 

Pengalaman Menggunakan Penggalak Susu Atau ‘Milk Booster’. Tonton Video Ini.

 

Seperti ibu-ibu muda yang lain, ketika saya mengandungkan anak sulung sangat-sangat ingin memberikan yang terbaik dengan menyusukan anak dengan susu sendiri. Namun, apabila anak sulung saya selamat dilahirkan, pengetahuan yang kurang tentang ‘breastfeeding’ ditambah pula dengan kurangnya sokongan persekitaran menyebabkan saya tidak berjaya menyusukan anak sulung saya itu. Hanya 4bulan saja saya menyusukan bayi saya ketika itu. Sedih sangat bila mengenangkan si kecil masa tu..

Keadaan saya begitu tertekan pada masa itu dan sering bertanya kenapa saya gagal menyusukan anak seperti orang lain?

Rentetan dari itu, semasa mengandungkan anak kedua, saya membuat persedian rapi dengan mendalami pengetahuan tentang penyusuan susu ibu dan bergaul dengan kumpulan yang menyokong penyusuan susu ibu. Alhamdulillah setelah anak dilahirkan, saya berazam untuk menyusukan bayi sehingga usia mencecah dua tahun. Tapi tetap tidak berjaya. Setahun sebulan saje saya berjaya menyusukan dia sebab terpaksa berpisah dengan dia kerana bertukar tempat kerja dan masalah pengasuh.

Mengandung anak ketiga baru berjaya menyusukan sehingga lebih 2 tahun..Memang set mind nak susukan sampai 2 tahun lebih. Dengan bantuan penuh set SHAKLEE dari mengandung sehingga menyusu. Sama juga pengalaman seperti ibu-ibu di luar sana, pada permulaan memang agak stress kerana tidak biasa dan susu pun tidak semeriah mana. Saya melakukan apa sahaja cara untuk menambah kuantiti susu kerana risau anak lapar tak cukup susu.

 

Jujurnya, Alhamdulillah setelah konsisten dengan pengambilan suplemen Shaklee, saya berjaya menyusukan anak ketiga saya itu sehingga usianya lebih 2 tahun. Tidak pernah saya mengalami susu merudum walaupun di bulan puasa atau semasa datang bulan. YES SAYA BERJAYA..

Ini saya..bersama set SHAKLEE

h

 

 

 

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Untuk dapatkan info lanjut mengenai masalah atau produk seperti di atas serta konsultasi eksklusif khas untuk anda, sila hubungi saya segera:

 

 

 

Hawa Rashid
Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Kuala Terengganu & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
013 – 4076351

SID No.:
915471

Email:
sitimr86@gmail.com

profil

Faktor Keturunan Adalah Punca Susu Ibu Kurang?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *