Fakta dan Maklumat

Seramai 5 – 6 bayi daripada 1000 kelahiran dikesan mempunyai masalah pendengaran. Sebanyak 50% bayi mempunyai masalah terdiri daripada bayi yang sihat iaitu tidak diketahui puncanya atau memang berisiko mempunyai masalah pendengaran. Walaupun bayi anda lulus saringan pendengaran, mereka juga boleh mendapat masalah pendengaran pada masa hadapan tanpa diketahui punca sebenarnya.

 

Masalah Pendengaran

Masalah pendengaran kekal atau sementara yang terjadi di sebelah atau  kedua belah telinga dan berada dalam julat ringan hingga ke sangat teruk. Ia bersifat konduktif, saraf atau campuran.

Kepentingan Ujian Pendengaran Susulan

1.  Pendengaran perlu diperiksa apabila bayi anda membesar.

2.  Saringan pendengaran hanyalah langkah pertama untuk perkembangan pendengaran, pertuturan dan bahasa.

3.  Usia tahun pertama adalah usia penting untuk membina kemahiran komunikasi. Masalah pendengaran boleh menjejaskan perkembangan bahasa dan pencapaian anak di sekolah.

Kesan Tidak Melakukan Ujian Pendengaran Susulan

💕 Kelewatan mengesan masalah pendengaran pada peringkat awal

💕 Kelewatan intervensi yang dapat dijalankan

💕 Kelewatan perkembangan pendengaran dan pertuturan kanak-kanak

💕 Masalah komunikasi dan pembelajaran kanak-kanak kelak

Bayi Berisiko Tinggi

💘 Sejarah keluarga bermasalah pendengaran

💘 Jangkitan dalam kandungan (TORCHES)

💘 Keabnormalan bentuk muka (kraniofasial)

💘 Berat kelahiran kurang daripada 1.5 kg

💘 Kelahiran pra-matang

💘 Kuning (Jaundice) yang teruk

💘 Penggunaan ubat ototoksik semasa mengandung

💘 Jangkitan di otak (meningitis)

💘 Bantuan pernafasan melebihi 5hari

💘 Sindrom yang berkaitan dengan masalah pendengaran

Jika Bayi Anda Gagal Saringan Pendengaran

 

Image result for pendengaran bayi

 

 

👂 Sila buat temujanji dengan Audiologi, Jabatan Otorinolaringologi untuk menjalani pemeriksaan telinga dan ujian pendengaran susulan sebelum bayi anda berusia 3 bulan

👂 Rehabilitasi pendengaran paling berkesan sebelum umur 1 tahun

👂 Keberkesanan rehabilitasi berkurang secara ketara sekiranya melangkaui umur 3 tahun

👂 Sekiranya masalah pendengaran dikesan awal, lebih awal bantuan dapat diberi untuk perkembangan bahasa dan kemahiran komunikasi anak anda

👂 Kanak-kanak bermasalah pendengaran akan mendapat perkhidmatan intervensi seperti alat bantu pendengaran, implan koklea, terapi pertuturan dan sebagainya, hanya jika ujian pendengaran susulan dijalankan.

 

Senarai Semak Perkembangan Pendengaran Kanak-kanak Normal

 

Lahir hingga 3 bulan

👀 bertindak balas(menangis/terjaga) terhadap bunyi kuat

👀 mengenali suara ibu dan bertenang atau senyum apabila mendengarnya

3 hingga 6 bulan

👍 memandang atau memusing ke arah bunyi

👍 suka kepada alat mainan yang bising

👍 mula mengeluarkan bunyi daripada mulut

👍 memberi respon terhadap perubahan nada suara

6 hingga 10 bulan

👣 respon bila nama dipanggil dan bunyi yang dikenali (motor, telefon, kereta dll)

👣 membebel walaupun bersendirian

👣 suka mencari punca bunyi atau suara

👣 memahami ‘mama’ , ‘papa’ , ‘tidak’ , ‘bye-bye’ dan kata umum lain

11 hingga 15 bulan

💋 menunjuk dan melihat pada objek apabila disuruh

💋 meniru dan bermain dengan suara sendiri serta bunyi yang mudah

💋 mempunyai satu perkataan bermakna seperti ‘abah’, ’emak’ dan ‘tak mau’

💋 memahami arahan mudah

15 hingga 18 bulan

👌 mengenali bahagian tubuh badan seperti mata, mulut, telinga, kepala dan hidung

👌 menyambung 2 – 3 perkataan dalam satu ayat seperti tak mahu dan nak makan

2 tahun

👉mempunyai tatabahasa / kosakata melebihi 200 perkataan

👉 dapat membina ayat mudah

 

Selamat membaca dan semoga info bermakna untuk kalian..

Daaa

 

 

Gagal Ujian Saringan Pendengaran Bayi Baru Lahir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *