Apabila bahagian dada atau bahagian tengah perut (betul-betul di bawah permukaan dada) terasa seperti nyeri, terbakar atau rasa panas, berkemungkinan besar anda menghidap masalah pedih ulu hati.

Ia juga biasanya dapat dirasai naik dari bahagian dada ke leher, tekak dan rahang. Walaupun simptomnya bermain-main di kawasan berhampiran dengan dada, jangan takut ia tiada kaitan dengan penyakit atau serangan jantung.

Ketahui kaedah untuk hilangkan pedih ulu hati bagi mengelakkan komplikasi yang lebih serius di masa hadapan.

 

Bagaimana Refluks Asid  Berlaku?

Penyebab utama masalah pedih ulu hati adalah kerana berlakunya refluks asid dari dalam perut yang tertolak masuk ke dalam esofagus. Esofagus adalah saluran yang menghubungkan mulut dan perut kita. Ia berfungsi untuk menyalurkan makanan yang kita makan (bolus) terus kedalam perut.

asid-refluks-punca-pedih-ulu-hati

Pedih ulu hati yang disebabkan oleh refluks asid selalunya terjadi selepas makan, semasa berbaring atau ketika membongkok. Apabila kita makan, makanan yang dikunyah akan disalurkan secara peristalsis ke dalam perut untuk proses penghadaman. Untuk proses ini perut akan mengeluarkan sejenis asid perut.

Di antara bahagian esofagus dan perut, terdapat injap yang berfungsi mengawal kemasukan makanan dan menghalang kemasukan asid perut ke dalam esofagus. Injap ini dinamakan ‘Sfinkter Esofagus’.

Apabila ketidakcekapan atau penutupan injap sfinkter yang tidak sempurna berlaku, maka ia terpaksa membenarkan kemasukan asid perut ke dalam esofagus. Ini pula dinamakan sebagai ‘Refluks Asid ‘ yang menyebabkan ketidakselesaan dan iritasi esofagus.

Kebiasaannya ia boleh dineutralkan dengan mengambil ubat tertentu yang boleh meneutralkan asid perut. Namun, ia perlu diberi perhatian jika masalah pedih ulu hati ini berlaku dengan kerap dan apabila menyebabkan rasa sakit kronik pada bahagian dada.

Jika anda menghidapi masalah pedih ulu hati yang disebabkan refluks asid, segeralah dapatkan rawatan doktor. Ini kerana rawatan segera dapat mencegah lapisan esofagus anda daripada terus cedera dan rosak di sebabkan oleh gangguan asid perut.

Jika tidak ditangani, mungkin boleh menyebabkan komplikasi lebih buruk kerosakan dinding esofagus atau ulser esofagus.

Kaedah Rawatan Pedih Ulu Hati Disebabkan Refluks Asid 

Antara rawatan dan cara untuk hilangkan pedih ulu hati adalah :

1 – Ubah gaya hidup dan tabiat pemakanan

  • Makan dengan kuantiti yang sedikit tetapi kerap (4-6 kali sehari)
  • Cuba untuk capai berat badan ideal bagi mengelakkan tekanan pada perut penyebab refluks asid
  • Semasa tidur, naikkan kepala sehingga 15-20 cm dengan menggunakan alas bantal
  • Elakkan mengambil makanan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum tidur
  • Jauhi rokok yang boleh menyebabkan masalah pedih ulu hati menjadi lebih serius kerana ia boleh menjejaskan fungsi sfinkter esofagus
  • Elakkan atau kurangkan makanan berlemak dan pedas
  • Kawal pengambilan minuman berkafein seperti teh dan kopi dan jauhi yang beralkohol
  • Amalkan makan dengan tenang dan unyah makanan sehingga lumat sebelum ditelan bagi memudahkan air liur meneutralkan asid dalam makanan dan baik untuk perut
  • Jaga postur tubuh ketika makan. Elakkan makan secara baring dan berdiri, serta kurangkan aktiviti membongkok selepas makan.
  • Pakai pakaian yang longgar untuk mengurang tekanan luar pada di bahagian perut
  • Elakkan mengangkat benda berat atau melakukan kerja-kerja berat selepas makan. Pengecutan otot abdomen dalamam mungkin memaksa perut yang penuh untuk melakukan refluks asid.

2 – Preskripsi ubat-ubatan 

Terdapat pelbagai ubat di pasaran yang boleh membantu mengatasi masalah pedih ulu hati. Sesetengah ubat memerlukan preskripsi tertentu. Oleh itu, konsultasi daripada doktor adalah amat penting bagi mengelakkan penyalahgunaan dan kesan sampingan yang serius. Antaranya ubat-ubatan yang boleh membantu ialah:

  • Antasid : meneutralkan pH dan merendahkan kandungan asid
  • Proton Pump Inhibitors (Omeprazole) : mengurangkan penghasilan asid dalam perut
  • H2 Receptor Blocker (Ranitidine) : mengurangkan penghasilan asid dalam perut
  • Gaviscon : Meningkatkan pH dan melindungi lapisan mukosa daripada tindakan asid serta mengurangkan refluks asid ke dalam esofagus.

3 – Kaedah pembedahan 

Rawatan pembedahan mungkin diperlukan untuk memperbaiki sfinkter esofagus bagi mengembalikan fungsi mengawal refluks asid. Proses pembedahan boleh dilakukan menggunakan peralatan laparoskop dan hanya memerlukan beberapa hari rawatan di hospital-hospital tertentu kerajaan atau swasta.

4 – Ambil Nutrisi Suplemen

Langkah awal mencegah pedih ulu hati boleh dibantu melalui pengambilan suplemen kesihatan. Di Shaklee, terdapat kombinasi produk yang sangat sesuai diambil oleh pesakit masalah pedih ulu hati iaitu:

  • Peppermint-Ginger Plus: Mengandungi daun pudina, halia, jintan manis dan jintan hitam yang membantu melegakan masalah pedih ulu hati dan ketidakselesaan perut dan usus, mengatasi masalah penghadaman dan melegakan otot perut.
  • Alfalfa Complex: Alfalfa yang bersifat alkali mampu meneutralkan kembali asid yang berlebihan di dalam esofagus.
  • Energizing Soy Protein, ESP: minuman protein yang membantu memberi rasa kenyang lebih panjang dan mengelakkan makan secara berlebihan. Juga membantu menghasilkan semula sel-sel baru yang sihat bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid yang digunakan untuk proses pencernaan makanan.
  • Ostematrix: Mengandungi mineral penting kalsium, magnesium yang membantu meneutralkan asid yang berlebihan serta mambantu mengatasi komplikasi lain masalah pedih ulu hati.

 

Image result for set pedih ulu hati

 

TESTIMONI

Image result for set pedih ulu hati

 

Image result for set pedih ulu hati

Cara Dapatkan Produk Shaklee?

Untuk dapatkan info lanjut mengenai masalah atau produk seperti di atas serta konsultasi eksklusif khas untuk anda, sila hubungi saya segera:

Hawa Rashid
Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Kuala Nerus,UMT,UNISZA, Kuala Terengganu & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
013 – 4076351

SID No.:
915471

Email:
hawa2u.com@gmail.com

 

Hilangkan Pedih Ulu Hati Yang Disebabkan Oleh Refluks Asid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *