APAKAH DIABETES?

Diabetes adalah keadaan di mana badan tidak dapat mengawal kandungan glukos dalam darah.

APAKAH JENIS DIABETES?

  • DIABETES JENIS 1
  • DIABETES JENIS 2
  • GESTATIONAL DIABETES (DIABETES SEMASA HAMIL)

SIAPA YANG BERISIKO MENDAPAT DIABETES?

♥  Terdapat kandungan gula dalam air kencing semasa pemeriksaan kehamilan

♥  Berlebihan berat badan

♥  Mempunyai ibubapa yang menghidap diabetes

♥  Pernah melahirkan bayi yang mempunyai berat badan lahir melebihi 4kg

♥  Berumur melebihi 35 tahun

♥  Pernah mengalami keguguran berturut-turut, kematian bayi dalam kandungan  atau semasa lahir dan bayi cacat

♥  Pernah menghidap diabetes semasa kehamilan yang lalu

♥  Mengalami penyakit seperti hipertensi dan polyhydramnios (air mentuban berlebihan) pada kandungan ini

♥  Pernah hamil bayi lebih besar dari usia kehamilan

APAKAH KESAN DIABETES KEPADA IBU DAN BAYI JIKA TIDAK DIRAWAT?

Kesan kepada ibu :

  1. Hyper/hypoglycaemia (kandungan glukos yang berlebihan atau berkurangan dalam darah)
  2. Jangkitan kuman di vagina yang kerap
  3. Keguguran
  4. Polihydramnios (air mentuban berlebihan)
  5. Preeklampsia (hipertensi teruk)
  6. Komplikasi diabetes seperti retinopati dan kegagalan buah pinggang

Kesan kepada bayi :

  1. Berat bayi berlebihan daripada 4kg
  2. Mati dalam kandungan (IUD)
  3. Hypoglycaemia (kurang glukos dalam darah)
  4. Lemas semasa lahir
  5. Kecederaan pada saraf di bahagian bahu

APA YANG PERLU DILAKUKAN?

Jika puan menghidap diabetes sebelum hamil, puan perlu :

  • dapatkan kaunseling pra kehamilan dan berbincang dengan anggota kesihatan untuk merancang kehamilan
  • mengawal dan memastikan glukos dalam darah berada pada tahap normal
  • memberitahu doktor dengan segera jika hamil dan mendapatkan pemeriksaan awal kehamilan

Semasa hamil, puan perlu :

  • mendapt jagaan kehamilan yang rapi oleh anggota kesihatan
  • mematuhi temujanji dan rawatan yang telah ditetapkan
  • amalkan kebersihan diri
  • ambil pemakanan yang disarankan untuk pesakit diabetes
  • pemeriksaan paras glukos berkala di rumah

Semua Ibu Hamil akan menjalani ujian darah MGTT sekiranya mempunyai salah satu atau lebih faktor risiko.

Apakah Tanda Diabetes Semasa Hamil?

♣    Tiada tanda diabetes pada peringkat awal kehamilan. Walaubagaimanapun, semua ibu hamil yang mempunyai faktor risiko akan menjalani ujian darah MGTT untuk mengesahkan penyakit Diabetes.

Diabetes Ibu Hamil

HUBUNGI:

Hawa
Business Leader & Shaklee Independent Distributor

SMS | Call | Whatsapp:
013 – 4076351

Email:
hawarashid@hawa2u.com

KETAHUI RISIKO DIABETES SEMASA HAMIL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *