Bagaimana Kencing Manis berlaku ?

 

Terdapat sejenis bahan dalam badan kita yang mengawal paras gula di dalam darah iaitu insulin. Dalam keadaan normal, paras gula di dalam darah adalah tetap, tetapi bagi pengidap kencing manis mereka tidak dapat mengawal paras gula di dalam darah.

Insulin ialah sejenis hormon yang berfungsi mengekalkan paras gula dalam darah pada tahap normal dan ia terdiri daripada protein dan dihasilkan oleh organ seperti pankreas atau limpa. Pankreas adalah organ terpenting di dalam badan, ia terletak di bahagian tengah abdomen manusia. Jika pankreas rosak ia boleh mengganggu penghasilan insulin seperti insulin yang dihasilkan tidak mencukupi untuk keperluan badan. Insulin membantu glukosa memasuki sel dan digunakan sebagai bahan bakar oleh badan.

Bagi pesakit kencing manis, insulin dibekalkan melalui suntikan. Hanya doktor sahaja yang dapat menentukan jenis insulin yang sesuai untuk seseorang pesakit.

Kencing manis terbahagi kepada dua peringkat umur :

  1. Berlaku pada usia muda iaitu semasa kanak-kanak dan remaja. Kebiasaan golongan ini tidak mempunyai insulin yang cukup dan bergantung kepada suntikan insulin untuk hidup seperti biasa.
  2. Berlaku di usia dewasa. Masalah berat badan berlebihan menjadi faktor utama. Bagi pesakit jenis ini, pengawalan dari segi pemakanan pesakit amatlah penting.

Jenis – Jenis Kencing Manis

  • IDDM – kencing manis yang bergantung kepada insulin
  • NIDDM – kencing manis tanpa bergantung pada insulin
  • IDDM – kebiasaannya berlaku di usia bawah 30 tahun. Sel-sel di dalam badan yang mengeluarkan insulin telah musnah dan badan tidak mendapat mengeluarkan insulin dengan secukupnya
  • NIDDM – kebiasaanya berlaku di kalangan umur 40 tahun ke atas.

Punca-Punca Kencing Manis

  • Sejarah keluarga
  • Pemakanan
  • Umur
  • Kegemukan
  • Kurang aktiviti fizikal

Tanda-Tanda Penyakit Kencing Manis

Peringkat Awal :

Diabetes seringkali berkembang tanpa disedari kerana gejalanya kelihatan seperti normal saja. Gejala awal diabetes termasuklah

  • Sentiasa merasa haus / dahaga berlebihan
  • Berat badan menurun walaupun berselera makan
  • Kerap membuang air kecil
  • Sentiasa merasa lapar berlebihan
  • Letih tidak menentu
  • Pandangan mata yang kabur
  • Mudah mendapat penyakit kulit
  • Mudah merasa penat dan sakit kaki
  • Merasa gatal pada kaki dan tangan
  • Mudah meradang

Peringkat Serius :

  • Hilang selera makan
  • Muntah-muntah
  • Pengsan dan tidak sedar diri

Orang Yang Berisiko Mendapat Kencing Manis

  • Individu yang sudah berusia 45 tahun ke atas
  • Mengidap stroke atau hipertensi
  • Mengalami obesiti
  • Mengidap diabetes dalam keluarganya
  • Wanita yang pernah melahirkan bayi dengan berat 4 kg ke atas
  • Ada sejarah Tuberculosis (TB atau batuk kering)

 

 

Petua Mengawal Kencing Manis

  • Sentiasa menjaga pemakanan dengan teliti dan mengikut saranan doktor.
  • Sentiasa bersenam untuk perbaiki peredaran darah
  • Berehat secukupnya
  • Jauhi tekanan (stress)
  • Menjaga kebersihan diri dan elak dari kecederaan seperti luka kerana proses untuk sembuh adalah lambat terutama penjagaan kaki. Mereka yang menderita neuropati perlu periksa kaki setiap hari untuk mengesan sebarang luka yang boleh meningkatkan risiko jangkitan kudis
  • Makan makanan berkhasiat, elak makanan bergula/berlemak. Pengawalan gula darah yang baik membantu melambatkan risiko masalah selanjutnya. Jadi penurunan paras glukosa darah ke julat normal adalah penting.
  • Berhenti merokok kerana menghisap rokok dengan ketara akan meningkatkan risiko masalah kaki dan elak kaki kena potong.

Ujian Saringan

  • Lakukan pemeriksaan paras glukosa di klinik/hospital
  • Lakukan pemeriksaan mata setahun sekali
  • Segera mendapatkan rawatan jika terdapat tanda-tanda seperti di atas.

 

 

 

Image result for vitamin shaklee untuk kencing manis

 

 

 

 

Image result for testimoni vitamin shaklee untuk kencing manis

 

 

 

Image result for testimoni vitamin shaklee untuk kencing manis

 

 

 

Related image

 

Untuk kesan yang terbaik, sebaiknya pengambilan suplemen dan ubat-ubatan dari hospital di ambil secara berasingan. Jika diambil pada waktu yang sama, ubat-ubatan tadi boleh mengganggu nutrien yang ada pada suplemen dan manfaat nutrien akan kurang. Jadi rugi lah jika kita tidak dapat nutrien yang optimum dari suplemen tadi.

 

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Untuk dapatkan info lanjut mengenai masalah atau produk seperti di atas serta konsultasi eksklusif khas untuk anda, sila hubungi saya segera:

 

 

 

Hawa Rashid
Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Kuala Terengganu & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
013 – 4076351

SID No.:
915471

Email:
sitimr86@gmail.com

 

Petua Mengawal Kencing Manis Elak Suntikan Insulin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *