Maksud Al-Wahhab?

 

Yang sentiasa memberi..

Allah SWT mencurahkan RahmatNya ke atas makhlukNya. Dia Maha Pemberi.

 

Image result for maha pemberi

 

Rahsia Kehebatan Zikir Al Wahhab

 

Permintaan dimakbulkan

  • Sesiapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta sesuatu, InsyaAllah permintaannya akan diperkenankan.
  • Jika dibaca 100 kali dengan tangan menadah ke langit, doa akan dimakbulkan

Menjadi Terkaya Dan Terkenal

  • Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu, InsyaAllah anda akan dikurniakan kekayaan, kemakmuran dan kemasyhuran.
  • Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir, InsyaAllah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak dan peluang akan datang dengan mudah sekali.

Mencari Pekerjaan

  • Sesiapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat miskin, hendaklah dia mengamalkan solat sunat, kemudian sujud dan membaca 70 kali Ya Wahhab . Dia akan mendapat makanan tanpa disangka-sangkakan dari (kawan, jiran dan seumpamanya)

Membayar Hutang

  • Jika anda mempunyai hutang yang banyak dan tidak mempunyai wang untuk melangsaikannya, maka kerjakanlah solat sunat hajat atau nafil 2 rakaat selepas tengah malam setiap Khamis selepas Maghrib dan Isyak, kemudian memalingkan wajah ke langit dan membaca Ya Wahhab 111 kali. Kemudian hendaklah membaca Al Fatihah dan ini hendaklah dilakukan 3 malam berturut-turut ( 3 kali Khamis). InsyaAllah keperluan anda akan tersedia dan anda segala hutang dapat dilangsaikan.

Menjauhi Kelaparan

  • Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat zuhur, InsyaAllah anda tidak akan berasa lapar.

Dimakbulkan Doa

  • Baca Ya Wahhab 7 kali selepas berdoa pada bila-bila masa, kemusykilan anda terjawab dan permintaan anda akan diperkenankan InsyaAllah.

Membebaskan Diri Jika Di Tangkap Musuh Atau Pendapatan Anda Tidak Mencukupi

  • Baca YaWahhab 100 kali selama 3 hingga 7 malam selepas solat sunat nafil 2 rakaat di tengah malam. InsyaAllah anda akan berasa bebas atau mendapat rezeki yang banyak.

Untuk permulaan anda boleh lakukan membaca zikir Ya Wahhab 100 kali sehari…esok-esok boleh tambah lagi….dan seterusnya akan menjadi amalan kita setiap hari InsyaAllah..

 

 

JOM AMALKAN ZIKIR 

Hawa Rashid

013-4076351

Business Leader & Shaklee Independent Distibutor

Pengedar Sah Shaklee Area Kuala Terengganu 

Rahsia Kehebatan Zikkir Al Wahhab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *