Assalamualaikum

Alhamdulillah & syukur kepada Allah S.W.T kerana kesekian kalinya setelah beberapa lama bermimpi untuk memiliki website blog sendiri, kini ianya telah menjadi kenyataan.

Bukan sekadar angan-angan kosong mewujudkan blog yang tidak seberapa ini, tapi tujuannya adalah untuk memajukan diri dalam bisnes secara online. Tidak dinafikan pemasaran secara online telah menjadi begitu viral dalam dunia masakini tidak kira untuk personal, sosial ataupun perniagaan.

Namun peluangnya sangat tinggi sebagai platform untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan pengguna mahupun pelanggan secara berkesan.

Sebagai orang baru dalam dunia blogging ini, saya pohonkan tunjuk ajar dari teman-teman dan siapa sahaja yang sudi membantu. Skill dan pengalaman adalah dua perkara yang perlu ada dalam diri seseorang blogger dan perlu dipertingkat dari hari ke sehari.

Semoga saya memperoleh semangat dan istiqamah dalam dunia bisnes dan blog ini.

Terima kasih buat semua terutamanya team FJM Families yang banyak memberi semangat, tunjuk ajar dan inspirasi. Doakan saya supaya kaya dan berjaya juga bersama-sama dengan anda semua.

Akhir kata, selamat tahun baru & selamat menempuh tahun 2016!

Salam Sayang,

Hawa Rashid