sedak1

 

 

Bayi tersedak susu??
Takut dengar kan??
Namun setiap tahun pasti ada jeee kes bayi tersedak susu… Tidak kira di rumah, di pengasuh atau di taska… Tapi cara pemberian susu yang tidak betul antara punca bayi mudah tersedak… Sama juga dengan menyusu badan… Jika salah cara dan air susu terlalu laju, bayi memang mudah tersedak… Jom kita tengok apa puncanya bayi mudah tersedak..

 

  1. Bayi tertidur ketika menyusu…Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka.
  2. Lubang puting botol yang terlalu besar, menyebabkan susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur.
  3. Tabiat ibu bapa meletakkan bantal atau kain untuk menyokong botol susu dan meninggalkan bayi keseorangan.
  4. Kedudukan bayi semasa minum susu yang salah.

 

Cara yang betul memberi minum susu kepada bayi

 

  1. Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.
  2. Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi. Atau boleh gunakan puting X CUT (bayi hisap baru susu keluar)
  3. Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.
  4. Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan.
  5. Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur.

 

 

Image result for cara menyusu bayi dengan betul

 

Related image

Antara Cara-cara  Sendawakan Bayi Selepas Menyusu

Image result for cara sendawakan bayi

Cara rawatan jika bayi tersedak susu

 

Image result for cara menyusu bayi dengan betul

  1. Tiarapkan bayi kemudian tepuk belakang badan beberapa kali sehingga cecair atau bahan makanan yang menyekat saluran pernafasannya keluar.
  2. Keluarkan sebarang bendasing di dalam mulut bayi.
  3. Duduk dalam keadaan menghadap kehadapan.
  4. Tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan.
  5. Selain itu, tekan di bahagian perut bayi ketika bayi dibaringkan.
  6. Kemudian tekan dan picit bahagian dada beberapa kali menggunakan kedua-dua ibu jari sehingga bayi dapat bernafas semula.
Memang panik bila bayi tersedak susu…tapi tersedak susu ni memang biasa terjadi sama ada susu botol atau menyusu badan secara terus (direct feeding)… Tapi dengan teknik yang betul.. Serta ilmu.. Insha Allah, perkara ini boleh dielakkan dan kita tahu cara tangani bayi tersedak susu….

Hawa Rashid
Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Kuala Terengganu & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
013 – 4076351

SID No.:
915471

Email:
sitimr86@gmail.com

profil

Sebab-sebab Bayi Tersedak Susu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *