Pendarahan semasa mengandung, apa yang terfikir di fikiran anda?Keguguran? Tanda nak melahirkan? Tetapi ia bergantung pada jenis darah ataupun keadaan ibu itu sendiri semasa darah keluar.

Ada yang normal apabila berlaku perdarahan malah boleh meneruskan kandungan sehingga 40 minggu. Cuma ada kes-kes tertentu keadaan ibu itu sendiri menyebabkan berlakunya pendarahan.

Walaupun pendarahan yang keluar itu sedikit ataupun banyak, wajib berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan selanjutnya.

Ada 5 punca kerap berlakunya pendarahan semasa mengandung:

Punca 1: Pendarahan Implantasi (Implantation Bleeding)

Pendarahan ini berlaku disebabkan oleh pensenyawaan ovum dan sperma dan melekat pada dinding rahim.

Proses pelekatan boleh menyebabkan berlaku pendarahan sedikit. Biasanya darah yang keluar seperti darah haid yang merah cair dalam masa 1-3 hari.

Pendarahan ini adalah selamat untuk kandungan anda.

Punca 2: Pendarahan Penebusan (Breakthrough Bleeding)

Hormon yang mengawal kitaran haid tidak cukup kuat hingga menyebabkan pendarahan berlaku pada hari sepatutnya haid berlaku.

Ia dipanggil penebusan.

Biasanya ia berlaku lebih kurang dalam masa 3 bulan pertama kehamilan. Selepas itu, plasenta yang ambil alih untuk mengawal pengeluaran hormon.

Punca 3: Berlaku keguguran

Tanda keguguran adalah dengan turun nya darah di saluran vagina seperti datang haid setiap bulan.

Biasanya berlaku dalam 12 minggu pertama kehamilan. Ada sesetengah ibu tidak sedar yang diri telah hamil. Biasanya akan sedar bila ada ketulan darah ataupun janin yang ‘tidak jadi’ turun bersama darah haid.

Punca 4: Pendarahan selepas ‘bersama’

Pendarahan boleh berlaku selepas melakukan hubungan seks bersama pasangan. Ini disebabkan oleh pintu masuk ke uterus ataupun servik dalam keadaan yang lembut dan terengsa.

Tetapi perlu dimaklumkan kepada doktor anda tentang pendarahan ini.

Tidak perlu risau kerana bayi akan terlindung dan selamat di dalam rahim ibunya.

Mengandung di luar rahim

Janin berusia 6-8 minggu.

Punca 5: Mengandung di luar rahim (ectopic pregnancy)

Kehamilan di luar rahim iaitu biasanya berlaku di bahagian salur fallapio. Kehamilan ini boleh mengundang bahaya disebabkan ia boleh pecah dan menyebabkan pendarahan dalaman.

Biasanya darah yang keluar berwarna gelap dan cair. Tanda mengandung di luar rahim sama dengan berlaku keguguran iaitu sakit perut dan kekejangan.

Sumber

Lebih baik berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesahihan tentang darah yang keluar. Ada banyak kes pendarahan yang berlaku, tetapi masih boleh meneruskan kehamilan seperti biasa.

Biasanya doktor akan ambil ujian air kencing dan darah untuk diperiksa tahap hormon kehamilan anda.

Selain itu, mungkin juga doktor akan memeriksa kumpulan darah anda yang mungkin tergolong dalam kumpulan darah Rhesus Negatif seperti O-, dan A-.

Pastikan semasa mengandung, anda mengambil suplemen yang cukup untuk membantu anda dan kandungan sihat. Malah dengan pengambilan vitamin yang cukup semasa mengandung, boleh elak sebarang komplikasi untuk bersalin.

 

Vitamin asas untuk ibu hamil adalah:

Vitalea (multivitamin) mengandungi zat besi untuk penghasilan hemoglobin darah untuk bayi dan ibu.

Vitamin C perlu diambil bersama zat besi untuk penyerapan yang tinggi dalam darah. Vitamin C membantu untuk kuatkan imunisasi ibu semasa dalam kehamilan dan dapat mengelak daripada gusi berdarah.

Bcompleks iaitu kumpulan vitamin B untuk pastikan bekalan oksigen untuk peredaran darah ke seluruh badan. Asid folik di dalam bcomplek untuk mengelakkan berlaku kecacatan spina bifida.

Ostematrix iaitu kalsium sangat penting untuk pertumbuhan tulang bayi dan juga untuk hilangkan kekejangan untuk ibu.

 

Cara Dapatkan Produk Shaklee?

Untuk dapatkan info lanjut mengenai masalah atau produk seperti di atas serta konsultasi eksklusif khas untuk anda, sila hubungi saya segera:

Hawa Rashid
Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Kuala Nerus,UMT,UNISZA, Kuala Terengganu & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
013 – 4076351

SID No.:
915471

Email:

sitimr86@gmail.com

6 Punca Mengapa Pendarahan Berlaku Semasa Mengandung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *