Amalan tradisional Melayu dalam penjagaan ibu selepas bersalin amat popular di kalangan wanita Malaysia. Rawatan ini merupakan siri rawatan tradisional yang amat teratur dan terperinci.

Ianya bertujuan bagi membantu para ibu dalam usaha menjalani proses pemulihan yang mengambil masa sekitar 40 hingga 44 hari. Dengan mengamalkan kaedah-kaedah tradisional, si ibu akan dapat mengembalikan tenaga sekaligus mengekalkan kesihatannya selepas bersalin.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah memperkenalkan Perkhidmatan Amalan Penjagaan Ibu Selepas Bersalin di hospital integrasi. Antara perkhidmatan yang ada adalah :

1.   Urutan Kesegaran

Perkhidmatan ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu;

Urutan Kesegaran Badan

Urutan kesegaran badan adalah sentuhan lembut menggunakan jari jemari yang bertujuan untuk memulihkan badan sejurus selepas bersalin.

Tujuan:

A) menghilangkan rasa keletihan / kelesuan selepas bersalin

B) mengurangkan rasa kegusaran

C) membantu dalam kualiti tidur

D) melancarkan peredaran darah

 

Penjagaan Payudara

Penjagaan payudara melibatkan urutan dan juga mengajar teknik urut tersebut kepada ibu dalam melaksanakan urutan di rumah. Ianya merupakan kaedah tambahan dalam penjagaan payudara yang telah sedia ada di hospital. Ini supaya dapat membantu dalam penghasilan susu, melancarkan pengaliran susu dan juga menghindari terjadinya bengkak susu.

 

2.   Rawatan Perbidanan

Unit perubatan tradisional dan komplementari turut menyediakan rawatan perbidanan yang merangkumi perkhidmatan urut, bertungku dan urut / bengkung. Ianya bermula dengan bertungku dan diakhiri dengan berbarut/ bengkung.

URUT

Urut merupakan amalan tradisi melayu yang dilakukan  selepas bersalin. Rawatan ini dilakukan pada minggu pertama (sekurang-kurangnya 3 hari) selepas bersalin dan minggu terakhir berpantang iaitu pada minggu keenam (pada hari 39,40 dan 44)

BERTUNGKU

Bertungku adalah urutan yang menggunakan batu panas. Dalam amalan tradisional melayu, ia bertujuan untuk mengeluarkan saki baki darah kotor, mengecutkan dan memulihkan rahim dan juga urat-urat saraf peranakan.

Bahagian badan yang ditungku adalah;

  • Bahagian peranakan
  • Bahagian dada termasuk ketiak, belikat dan tengkuk
  • Bahagian anggota kaki dari paha ke tumit

BARUT /BENGKUNG

Barut atau bengkung adalah proses membalut bahagian perut dengan kain. Dalam konsep perubatan Melayu, ianya membantu dalam mengempiskan abdomen dan memberi sokongan kepada tulang belakang.

Selain mengamalkan amalan di atas, tubuh badan ibu selepas bersalin turut memerlukan zat dan vitamin untuk luka bersalin cepat sembuh dan lebih sihat dan bertenaga. Ibu-ibu boleh cuba set berpantang dari Shaklee.

 

 

Cara Dapatkan Produk Shaklee?

Untuk dapatkan info lanjut mengenai masalah atau produk seperti di atas serta konsultasi eksklusif khas untuk anda, sila hubungi saya segera:

Hawa Rashid
Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Kuala Nerus,UMT,UNISZA, Kuala Terengganu & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
013 – 4076351

SID No.:
915471

Email:

sitimr86@gmail.com

AMALAN PERUBATAN TRADISIONAL MELAYU DALAM PENJAGAAN IBU SELEPAS BERSALIN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *