Golongan wanita terutamanya sering berikhtiar untuk memiliki kulit yang licin, gebu dan cerah. Ini disebabkan tanggapan masyarakat bahawa kulit yang sedemikian adalah cantik dan menawan. Mereka akan mencuba pelbagai jenama krim muka yang menjanjikan kulit menjadi lembut, licin, menghilangkan bintik hitam, jeragat, tompokan hitam, jerawat dan kedut.

 

Hakikatnya, kebanyakan pengguna kosmetik tidak sedar bahawa krim pembersih dan pemutih muka boleh merosakkan kulit kerana ia mengandungi bahan aktif berbahaya seperti hidrokuinon, asid askornik, peroksida, monbenzil,monometil hidrokuinon, raksa dan sebagainya.

 

Secara amnya, terdapat pelbagai jenama krim pembersih dan pemutih yang mengandungi bahan aktif di pasaran. Walaubagaimanapun, kebanyakkan bahan aktif tersebut digunakan secara terhad sahaja disebabkan kesan sampingannya. Krim yang mengandungi hidrokuinon memang amat berkesan sekali untuk menghilangkan tompok hitam. Namun, kesannya berbeza-beza kepada pengguna bergantung kepada jenis kulit.

KESAN HIDROKUINON

 

Image result for hidrokuinon

Banyak aduan diterima mengenai kesan sampingan menggunakan krim pembersih dan pemutih yang mengandungi hidrokuinon termasuklah kesan rengsa, radang kulit dan kesan terbakar.

 

Hasil kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat oleh Arndt dan Fitzpatrick pada 1965 menunjukkan bahawa krim ini hanya sesuai untuk pengguna berkulit cerah dengan tompokan yang sedikit. Ia dikatakan amat berkesan untuk rawatan peringkat awal pembentukan bintik hitam.

 

Kajian ini juga mendapati hidrokuinon menyekat pengeluaran melanin oleh melanosit di dalam epidermis. Ini juga menembusi kulit sekali gus menyebabkan penebalan gentian kolagen.

 

Kesan hidrokuinon lebih minima sekiranya digunakan pada kepekatan rendah tetapi kesan terbakar boleh berlaku sekiranya digunakan pada kepekatan tinggi. Sekiranya hidrokuinon digunakan dalam jangka masa panjang ditambah pula dengan pendedahan kepada cahaya matahari, ia boleh mengakibatkan penghasilan tompokan dan bonjolan kekuningan pada kulit yang dikenali sebagai okronosis. Kerosakan ini mungkin akan berkekalan pada kulit kerana tiada apa yang boleh dilakukan untuk memulihkannya.

 

Hidrokuinon bukan sahaja merbahaya sekiranya digunakan pada kulit malah, jika termakan ia boleh menyebabkan keracunan yang serius. Sekiranya termakan hidrokuinon dengan kepekatan sebanyak 5 – 15gram, seseorang itu boleh mendapat gelugut dan hemolytic anaemia yang dikenali juga sebagai kerosakan sel darah merah.

 

Oleh itu, anda harus berwaspada dengan apa jua barangan kosmetik yang digunakan. Baca label produk dengan teliti dan dapatkan ia daripada pembekal yang berdaftar. Anda juga boleh meminta nasihat pegawai farmasi atau doktor sebelum menggunakan krim muka.

 

 

Cara Dapatkan Produk Shaklee?

Untuk dapatkan info lanjut mengenai masalah atau produk seperti di atas serta konsultasi eksklusif khas untuk anda, sila hubungi saya segera:

Hawa Rashid
Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Kuala Nerus,UMT,UNISZA, Kuala Terengganu & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
013 – 4076351

SID No.:
915471

Email:

sitimr86@gmail.com

AWAS ! Bahaya Hidrokuinon Rosakkan Wajah
Tagged on:         

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *