Suatu ketika dahulu penyakit batu karang hanya dialami oleh orang dewasa. Namun, kini lebih ramai kanak-kanak disahkan menghidap batu karang. Bagi ibu bapa yang menghidap penyakit ini, berwaspadalah kerana anak anda berisiko tinggi untuk menghidapnya kerana penyakit ini boleh diwarisi.

APAKAH BATU KARANG DAN BAGAIMANA IA TERBENTUK?

Batu karang berasal dari zat mineral halus yang menjadi keras dalam jangka masa lama. Ia terbentuk apabila terdapat lebihan kandungan asid urik, kalsium, fosfat dan oksalat di dalam air kencing. Kandungan berlebihan yang tidak terlarut akan membentuk konsentrasi yang kemudiannya akan melekat pada pundi kencing. Jangkitan pada pundi kencing akan meningkatkan saiz konsentrasi dan mengeraskannya dan menyumbang kepada pembentukkan batu karang abnormal di dalam air kencing. Bahan-bahan itu sepatutnya dapat dilarutkan oleh kandungan perencat seperti sitrat dan pirofosfat. Namun, jika konsentrasi kalsium, oksalat, asid urik, sistina dan sebagainya amat tinggi sedangkan perencat berada pada tahap rendah, maka pembentukan batu karang akan terjadi.

 

FAKTOR

Antara faktor yang menyebabkan penyakit ini terjadi di kalangan kanak-kanak ialah campuran melamin ke dalam susu bayi. Melamin sejenis bahan organik yang terdiri daripada karbon, nitrogen dan oksigen dicampurkan ke dalam susu bagi meningkatkan kandungan protin di dalam susu. Dianggarkan empat orang kanak-kanak maut, 53 000 orang bayi dan kanak-kanak jatuh sakit dengan 12900 orang lagi kanak-kanak di China dirawat di hosspital akibat campuran melamin di dalam susu.

Penyakit ini juga boleh diwarisi daripada ibubapa. Selain itu, kekurangan cecair, jangkitan pada pundi kencing, kejanggalan kongenital yang melibatkan salur kencing tersumbat, asidosis tubular renal (RTA) dan hiperparatirpidism juga menjadi punca berlakunya batu karang pada kanak-kanak. Makanan yang mengandungi paras garam, lemak, daging merah dan gula yang tinggi juga meningkatkan risiko penghasilan batu karang.

GEJALA

Kanak-kanak yang menghidap batu karang akan sering membuang air kecil. Walaubagaimanapun, air kencing mereka tidak lawas dan mengandungi darah sehingga menimbulkan kesakitan di bahagian pundi kencing. Ada juga anak yang mendapat jangkitan berulang pada salur kencing. Selain itu, anak turut mengalami loya, muntah, sakit belakang, sakit pada badan dan buah pinggang apabila diserang penyakit ini.

BAGAIMANA IA MENJEJASKAN FUNGSI GINJAL?

Bahaya pembentukan batu karang bukan terletak pada saiznya tetapi lokasi pembentukan batu itu berlaku di dalam ginjal. Jika batu terbentuk betul-betul di saluran ureter iaitu saluran urin dari ginjal ke pundi kencing dan tersekat di saluran tersebut, maka ia akan menyebabkan ureter tersumbat. Akibatnya, air kencing tidak dapat diproses dari buah pinggang sehingga meningkatkan tekanan pada organ berkenaan. Tekanan ini akhirnya mengakibatkan batu pada saluran tersebut. Dan jika dibiarkan berlarutan tanpa sebarang rawatan, ia akan menyebabkan kegagalan buah pinggang kronik.

BAGAIMANA IA DI DIAGNOSIS?

Kewujudan batu karang pada anak dapat didiagnosis melalui imbasan sinar X pada buah pinggang, ureter dan pundi kencing. Bagaimanapun sesetengah pemeriksaan atau imbasan gagal mengesan kewujudan batu karang kerana sifatnya yang adakalanya tidak dapat dilihat (radiolusen) pada sinar X biasa. Masalah ini dapat diatasi apabila anak didiagnosis menggunakan ultrasonografi yang berkuasa untuk mengesan asid urik dan batu sistina.

PENCEGAHAN DAN RAWATAN

Perubahan diet anak dapat mencegah penyakit batu karang. Lebihkan pengambilan air putih kerana badan memerlukan bekalan air yang mencukupi untuk melakukan aktiviti harian. Minuman yang kaya dengan sumber nitrat seperti jus limau atau lemon juga boleh mengurangkan pembentukan batu karang. Elakkan juga memberikan makanan yang mengandungi banyak garam kepada anak. Jika anak mengalami jangkitan air kencing dan berasa sakit ketika membuang air kecil segeralah berjumpa doktor.

 

Testimoni :

 

Related image

 

Image result for set batu karang shaklee

 

 

 

 

Batu Karang Jejaskan Fungsi Buah Pinggang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *