Diabetik Retinopati sebab utama kebutaan di kalangan orang dewasa berusia 20 – 40 tahun.

Diabetik retinopati adalah komplikasi diabetes mellitus, berpunca daripada perubahan yang dialami saluran darah dalam retina, (Retina adalah lapisan saraf yang melapisi bahagian dalam mata dan amat penting untuk penglihatan). Sebarang perubahan yang berlaku dalam pembuluh darah seperti bocor, tersumbat dan pembentukan pembuluh darah baru yang luar biasa boleh mengancam penglihatan anda.

 

Image result for diabetik retinopati

 

FAKTOR RISIKO UNTUK MENDAPAT DIABETIK RETINOPATI

👀 Tempoh yang lama menghidap diabetes mellitus (80% pesakit yang mengalami diabetes mellitus melebihi 15 tahun menghidap diabetik retinopati)

👀 Tahap gula dalam darah yang tidak dikawal dengan baik

👀 Hipertensi yang tidak dikawal dengan baik

👀 Turut mengalami komplikasi diabetes mellitus yang lain seperti :

🌹kerosakan buah pinggang

🌹kudis kaki/gangren

🌹kebas tangan dan kaki

👀 Kadar kolesterol yang tinggi

👀 Merokok

👀 Anemia

👀 Kehamilan

 

Bagaimana mengenalpasti anda mendapat diabetik retinopati?

Biasanya tidak terdapat tanda-tanda diabetik retinopati di peringkat awal. Di peringkat lanjut, anda mungkin mengalami;

👁 Kabur penglihatan

👁 Penglihatan yang berubah-ubah

👁 Herot penglihatan

👁 Benda terapung dalam medan penglihatan

👁 Hilang penglihatan sama sekali

 

Apabila wujud tanda-tanda tersebut maka rawatan mungkin rumit atu mustahil dilakukan. Oleh itu, anda hendaklah menjalani pemeriksaan mata dari masa ke semasa sebelum muncul sebarang tanda.

 

Bagaimanakah cara rawatan diabetik retinopati?

Rawatan mungkin perlu di peringkat awal diabetik retinopati. Apabila terdapat tanda-tandanya, rawatan laser mungkin dilakukan untuk menunda kemajuan diabetik retinopati. Jika diabetik retinopati di peringkat teruk, pembedahan mata mungkin perlu dijalankan untuk memelihara penglihatan. Namun begitu, diabetik retinopati peringkat awal atau kemajuannya boleh ditunda dengan cara kawalan diabetes mellitus dan faktor-faktor risiko yang lain.

 

Apakah rawatan laser?

Rawatan ini menggunakan sorotan halus cahaya laser untuk menampal dan mencegah kebocoran pembuluh darah serta memusnahkan pembuluh darah baru yang luar biasa di dalam retina. Rawatan laser tidak menyembuhkan diabetik retinopati tetapi mencegah komplikasi yang lebih lanjut.

 

Langkah-langkah berikut boleh melindungi dan memelihara penglihatan mata anda:

🗨 Kawal tahap gula darah

🗨 Kawal darah tinggi

🗨 Amalan pemakanan yang sihat

🗨 Mengekalkan berat badan unggul

🗨 Selalu bersenam

🗨 Berhenti merokok

🗨 Pemeriksaan mata berkala

 

 

Diabetik Retinopati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *