Penyakit mental atau gangguan jiwa adalah gangguan yang melibatkan perubahan pemikiran, emosi, dan tingkah laku yang menjadikan kehidupan seharian lebih sukar. Diantara jenis penyakit mental adalah skizofrenia, kemurungan, keresahan, gangguan otak organik, was-was yang keterlaluan dan sebagainya.

 

Image result for gangguan jiwa

Tanda-tanda Awal Penyakit Mental

  • menyepi, menyendiri, selalu murung dan bersedih tanpa alasan.
  • berprasangka tanpa sebab serta sentiasa dalam ketakutan.
  • kerisauan atas masalah-masalah yang diimaginasikan.
  • perubahan penampilan diri.
  • kemerosotan pencapaian prestasi kerja.
  • tidak berupaya membuat keputusan.
  • halusinasi (terbayang atau terdengar perkara yang diimaginasikan).
  • kemerosotan fizikal, sakit kepala dan insomnia.
  • hilang tumpuan kepada diri, pekerjaan, dan keluarga.

 

Kesan Penyakit Mental Ke Atas Keluarga

Ia adalah masalah keluarga – ia mendatangkan kesan sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Ia mencetuskan masalah emosi, sosial dan kewangan.

Ahli keluarga mengalami pelbagai perasaan seperti:

  1. Tidak dapat menerima kenyataan
  2. Pesakit sebagai beban kepada keluarga
  3. Salah faham ke atas perubahan pesakit
  4. Perasaan kehilangan
  5. Malu
  6. Takut
  7. Marah
  8. Rasa bersalah
  9. Rasa terasing
  10. Mengabaikan pesakit
  11. Rasa tertekan
  12. Putus asa

 

Dimana Anda Boleh Mendapatkan Pertolongan?

  • Hospital
  • Klinik Kesihatan
  • Persatuan Kesihatan Mental
  • Sekolah, Kolej atau Pusat Perkhidmatan Kaunseling

 

Apakah Yang Anda Boleh Lakukan Bila Menyedari Seseorang Mengalami Penyakit Mental

  • Terima kenyataan
  • Jangan biarkan orang lain memberi gelaran negatif seperti gila
  • Bersikap terbuka, memahami, menyayangi dan menyokong
  • Belajar fakta sebenar mengenai penyakit mental melalui bacaan dan perbincangan
  • Membantu mereka mendapatkan pekerjaan yang sesuai
  • Dapatkan bantuan yang lebih profesional
  • Bantu pesakit untuk hidup lebih sempurna
  • Menyokong organisasi dan agensi yang menyediakan perkhidmatan untuk pesakit

 

info: Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD), JKNT

Kenapa Perlu Tahu Penyakit Mental?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *