Kalau suami cepat-cepat faham tanda-tanda isteri meroyan tentu ia tidak melarat teruk. Sanggupkah ibu yang tahap kesihatan mentalnya normal menghempuk anaknya dengan seterika panas? Atau merendam bayi sehingga lemas di dalam besin mandi? Mencekik bayinya kerana menangis? Logikkah ibu yang bersusah payah mengandung anak sembilan bulan berbuat begitu? Baik tak payah mengandung atau beranak terus.
Sebenarnya, ramai yang sudah tahu keadaan ini terutama wanita. Ramai yang tahu ada suatu penyakit yang menyerang wanita selepas melahirkan, yang membuatkan dia hilang pertimbangan atau lebih tepat lagi mengalami gangguan mental. Wanita begini diistilahkan masyarakat sebagai gila meroyan. Bunyinya memang kejam dan ada unsur-unsur menghina.
APAKAH ITU MEROYAN?
Meroyan atau kemurungan posnatum ialah satu masalah yang biasa. Dahulu, pendapat umum ialah bahawa satu dalam 10 orang ibu menghidapnya. Pendapat sekarang ialah seorang dalam empat ibu menghidap penyakit ini.
.
.
Meroyan kadangkala disalah tanggap sebagai murung bayi. Jika anda menghidapi murung bayi, pada hari-hari pertama selepas melahirkan anda akan menjadi muram, sering menangis, letih dan rasa tertekan. Ini dijangka adalah disebabkan perubahan-perubahan hormon secara mendadak dalam badan anda. Walau bagaimanapu, meroyan tidak seperti murung bayi, suatu penyakit. Ia tidak akan sembuh tanapa rawatan.
BAGAIMANA INGIN TAHU ANDA MENGALAMI MEROYAN / KEMURUNGAN POSNATUM?
Tanda dan simptom setiap ibu berbeza, tetapi tanda umum biasanya :
– perasaan putus asa
– bersalah
– muram
– sering menangis
– rasa gelisah
– rasa seperti diri terperangkap
FAKTOR YANG MENYEBABKAN MEROYAN
1. Faktor genetik atau baka
2. Perubahan tahap hormon seperti progesterone dan estrogen secara mendadak
3. Tekanan emosi ketika dalam pantang
4. Kualiti perhubungan suami isteri serta perhubungan dengan bayi yang baru lahir
Suami selalu tidak memahami tekanan emosi si isteri
– Sebenarnya tekanan emosi wanita baru bersalin berbeza. Tidak dinafikan anak merupakan pengikat kasih antara pasangan suami isteri dan kebanggaan keluarga keseluruhannya. Tetapi bagaimana jika anak yang dilahirkan tidak kehendaki? Contohnya pasangan yang belum bersedia menambah ahli keluarga atau tidak mempunyai kewangan yang kukuh.
– Emosi semakin tertekan apabila wanita itu sendiri tidak mempunyai hubungan baik dengan ibunya atau mentua.
– Sakit bersalin. Walau anak ketiga, keempat atau kelima, kesakitannya tetap tiada tandingan, hanya Tuhan yang mengetahuinya. Namun suami menganggap isteri telah biasa. Langsung tidak mahu membantu menjaga anak yang menangis saban malam. Isteri tidak dapat berehat dengan secukupnya dan ini membuatkan tiada kegembiraan dalam menimang cahaya mata sebaliknya membosankan. Lagi teruk, suami masih beranggapan isteri akan pulih selepas dua tiga hari dan mahu makan minumnya terhidang seperti biasa dan marah melihat rumah masih bersepah.
RAWATAN UNTUK PEYAKIT MEROYAN?
Adakah pengambilan suplemen dapat membantu mengatasi dan mengelakkan terjadinya kemurungan postpartum ini?
