Penyakit jantung adalah kondisi yang mempengaruhi fungsi jantung. Jantung adalah organ muskular kompleks yang mengepam darah keseluruh tubuh dalam ritme yang tetap. Penyakit jantung, juga diketahui sebagai penyakit kardiovaskular, merupakan salah satu penyebab utama, kematian di seluruh dunia. Mengenali tanda dan gejala penyakit jantung dapat membantu mencegah kondisi Anda menjadi lebih buruk, sehingga Anda dapat menghindari gagal jantung yang biasanya menyebabkan kematian.

 

 

 

Ada beberapa jenis penyakit jantung. Yang paling umum adalah:

  1. Penyakit jantung kongenital (berlaku sejak dalam kandungan) iaitu jantung berlubang dan kecacatan injap jantung
  2. Penyakit jantung bukan kongenital (akibat cara hidup yang tidak sihat akibat jangkitan)
  • penyakit jantung reumatik
  • penyakit jantung infektif
  • penyakit jantung koronari (paling kerap berlaku)

Ia berlaku akibat daripada penimbunan tisu gentian lemak di dinding arteri. Timbunan ini boleh mengakibatkan arteri koronari menjadi sempit dan separa tersumbat.

Ini mengakibatkan angina pektoris atau sakit dada kerana pengurangan aliran darah ke otot jantung. Arteri koronari yang tersumbat sepenuhnya boleh menyebabkan serangan jantung.

Tanda-tanda Serangan Jantung

  • sesak nafas
  • sakit dada yang menekan nekan bermula di bahagian tengah atau kiri dada dan biasanya merebak ke lengan kiri dan leher
  • sakit mencengkam sehingga boleh menyebabkan pitam atau pengsan
  • berpeluh dingin
  • berasa sejuk walaupun suhu persekitaran panas
  • pening kepala dan berasa loya

Faktor-faktor Risiko Penyakit Jantung Koronari

Faktor yang tidak boleh diubah

  • risiko meningkat dengan peningkatan umur
  • jantina : kajian menunjukkan kaum lelaki mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat penyakit jantung
  • keturunan : jika terdapat sejarah keluarga yang menghidapi penyakit ini, ia akan meningkatkan risiko anda

Faktor yang boleh diubah

  • tabiat merokok
  • kolesterol tinggi dalam darah
  • tekanan darah tinggi
  • pesakit diabetes
  • cara hidup sedentari
  • berat badan berlebihan
  • stres yang tidak ditangani dengan bijak

Langkah Pencegahan Penyakit Jantung

  1. Lakukan pelbagai jenis senaman dan aktiviti fizikal : Anda boleh melakukan pelbagai jenis senaman untuk menguatkan jantung seperti berjalan, berjoging, berenang, berbasikal, melakukan senamrobik dan bersukan.
  2. Amalkan pemakanan sihat

 

3.  Kawal berat badan

4.  Kawal Stres

Terlalu stres dapat meningkatkan kortisol dan adrenalin yang membuat gula darah naik dan pembuluh darah mengeras. Untuk melihat efek stres ini, periset meneliti 21 orang dengan penyakit jantung dan memberi pelatihan tentang kesehatan jantung. Periset juga memberi petunjuk cara bermeditasi terkait hal ini. Setelah lima tahun, mereka yang melakukan meditasi mengalami penurunan risiko penyakit janutung, stroke, dan kematian, hingga 50% dalam serangan jantung.

  • rancang masa secara bijak
  • ketahui kemampuan diri
  • berfikiran secara positif
  • tangani kritikan dengan baik
  • buat keputusan dengan bijak
  • jalin persahabatan
  • rancang perubahan dalam hidup
  • kongsi masalah dengan orang lain

5.  Kawal Diabetes (jika anda seorang penghidap diabetes)

  • kawal paras gula dalam darah melalui senaman dan pemakanan sihat
  • kawal berat badan
  • patuhi nasihat doktor dan ambil ubat mengikut jadual

6.  Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala

  • pemeriksaan kesihatan secara berkala boleh mengesan awal faktor-faktor risiko penyakit jantung supaya pencegahan dapat dilakukan.

Penyakit Jantung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *