Pernahkah anda sebagai ibu mengetahui tentang masalah gila meroyan? Artikel ini ada menceritakan serba sedikit berkenaan tips elak meroyan selepas bersalin.

Walaupun purata wanita bersalin mengalami masalah gila meroyan hanya sekitar satu dalam setiap 50,000 kelahiran, namun ia harus dipandang serius. Ini kerana penyakit mental atau istilah perubatannya dikenali sebagai postpartum psikosis ataupun postnatal depression boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.

 

Image result for tips elak gila meroyan

 

 

Penyakit ini bukan mitos ataupun penyakit masyarakat dulu kala tetapi masih wujud sampai ke hari ini. Cuma sekarang ia jarang di panggil angin gila meroyan sebaliknya dikategorikan sebagai penyakit tekanan mental.

Puncanya sudah pasti disebabkan tekanan emosi, gangguan perasaan dan hilang pertimbangan akibat masalah yang dihadapi. Ada wanita yang alami meroyan kerana terlalu banyak masalah keluarga, kewangan ataupun hubungan dengan suami. Dan paling mengejutkan, ada wanita yang mengalami masalah gila meroyan kerana terlalu bimbang bentuk badan sudah tidak cantik, menjadi gemuk ataupun fobia untuk menjaga bayi sendiri.

Setiap wanita yang bakal bergelar ibu dinasihatkan supaya bersedia dari segi mental dan fizikal. Kalau hamil tanpa persediaan, si ibu mungkin rasa mempunyai bayi sebagai bebanan dalam hidupnya. Apatah lagi jika si suami pula mula ‘buat perangai’  dan enggan membantu menguruskan anak kecil yang biasanya banyak ragam.

Ini kerana penyakit gila meroyan ataupun postpartum depression ini boleh terjadi kepada seseorang wanita ketika dalam pantang ataupun selepas tempoh matang. Ia bergantung pada sejauh mana si ibu mampu menguruskan tekanan yang dihadapi.

Atas sebab itu, masyarakat Melayu menetapkan wanita yang baru melahirkan anak menjalani tempoh berpantang yang ketat seperti penjagaan rapi oleh bidan, mesti ditemani orang tua, pantang larang makan minum, mengurut dan sebagainya sebagai satu proses penyembuhan luaran dan juga dalaman.

 

Image result for tips elak gila meroyan

PUNCA MEROYAN

1.   Sepanjang kehamilan, paras hormon wanita meningkat pada paras yang tinggi. Sebaik melahirkan anak, paras hormon progesteron dan estrogen ini akan menurun secara mendadak. Terdapat segelintir wanita yang sensitif kepada perubahan hormon ini lalu menyebabkan mereka mengalami perasaan sugul dan kemurungan. Ia semakin kronik apabila berdepan dengan masalah sampingan seperti hubungan intim suami isteri, kewangan atau apa sahaja.

2.   Ramai wanita menganggap menjadi ibu adalah detik paling indah namun, tidak ramai yang menyedari bahawa ia menuntut banyak perubahan dan pengorbanan. Kehadiran bayi adalah sesuatu yang mencabar dan penuh dengan tekanan. Ia mungkin sukar diterima oleh wamita yang tidak bersedia dari segi mentalnya.

3.   Perubahan Fizikal dan emosi semasa hamil dan selepas melahirkan. Perubahan ini menyebabkan ibu-ibu baru berasa sedih, resah, keliru, terasing dan rendah diri. Sehubungan itu, bakal ibu dinasihatkan supaya membuat persediaan mental melalui pembacaan, berkongsi pendapat dengan keluarga dan rakan-rakan.

 

SIMPTOM MEROYAN

1.   Mereka biasanya mengalami gangguan mood, tingkah laku yang pelik, syak wasangka yang keterlaluan dan gangguan tidur.

2.   Wanita yang mengalami psikosis atau tekanan perasaan sering mendakwa mendengar suara-suara halus dan melihat gambaran-gambaran menakutkan.

 

MEROYAN TERBAHAGI KEPADA:

👉 Rasa sugul (Postpartum Blues)

Dikategorikan masalah gangguan mental paling ringan, boleh dikatakan ia berlaku kepada hampir sebahagian besar wanita yang baru pertama kali menjadi ibu. Gejala seperti sering menangis, rasa resah, mudah tersinggung, gangguan tidur dan mood tidak menentu.

👉 Rasa murung (postpartum depression)

Ia berlaku tanpa mengira anak yang ke berapa. Gejalanya dapat dikenalpasti antara tiga hingga sembilan bulan selepas bersalin. Terdapat juga wanita yang mengalami postpartum blues melarat sehingga menjadi postpartum depression, ia menyebabkan wanita berkenaan gagal menjalankan rutin hariannya dan berisiko menjadi lebih serius.

Postpartum psyhosis ( sakit meroyan ) – mengalami emosi yang tidak stabil seperti bercakap merapu, perasaan ragu-ragu, sedih yang melampau, sering menangis, mengalami gangguan halunisasi dengan mendengar suara ghaib. Selalu resah dan tidak tenang.

Ibu yang mempunyai sejarah masalah mental seperti kemurungan atau bipolar sebelum hamil lebih cenderung mendapat meroyan.

Tips Elak Meroyan Selepas Bersalin

#1. Rehat cukup
Ambil peluang tidur masa bayi tidur

#2. Minta bantuan orang lain
Seeloknya biar ada orang lain yang boleh tolong tengok-tengokkan bayi terutama masa bayi menangis tak tau apa punca. Tangisan bayi secara berterusan boleh buat ibu menjadi stress.

#3. Jangan pendam perasaan
Bagitau suami atau orang yang kita percaya apabila ada rasa tak puashati… penting luahkan untuk elak stress.

#4. Persediaan awal dengan ilmu

Timba ilmu melalui bahan bacaan dan bersedia dengan tanggungjawab sebagai ibu dan dapatkan nasihat dari orang yang lebih berpengalaman seperti kawan, keluarga dan pakar keibubapaan.

#5. Diet Seimbang.

Berpantang dengan pengambilan diet yang berkhasiat dan seimbang.

Ni antara perhatian yang perlu diberi keutamaan kepada ibu dalam pantang untuk cegah meroyan.

 

Untuk penjagaan dalaman dengan suplemen Shaklee terdapat beberapa komponen penting di dalam set lengkap berpantang premium Shaklee. Antaranya:

Image result for set lengkap bersalin shaklee

 

 

hubungi

Hawa Rashid

0134076351

pengedar sah shaklee

Tips Elak Meroyan Selepas Bersalin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *