Whooping cough atau batuk kokol adalah jangkitan pernafasan yang disebabkan oleh Bordetella pertussis bacteria. Batuk kokol merupakan salah satu penyakit kanak-kanak yang paling berbahaya, terutamanya bagi bayi bawah umur 12 bulan. Penyakit ini berpunca daripada bakteria bordatella pertussis yang menyebabkan saluran udara berlendir dan tersumbat.
Batuk kokol bermula sebagai selesema biasa yang disertai batuk. Batuk menjadi semakin teruk dan serangan batuk yang spasmodik menyebabkan anak sukar bernafas. Apabila anak anda menarik nafas selepas serangan batuk, nafasnya kedengaran berbunyi “whoop” semasa udara melalui larinks yang bengkak.
Bagi bayi, pernafasan adalah semakin sukar kerana anak gagal mempelajari teknik menyedut udara dan keadaan ini boleh membawa maut. Kadangkala anak akan muntah selepas serangan batuk. Batuk ini boleh berlanjutan sehingga 10 minggu. Risiko mendapat jangkitan sekunder seperti pneumonia atau bronkitis sangat tinggi selepas penyakit tersebut.
Oleh itu, pastikan anak mendapat suntikan imun terhadap penyakit ini. Namun, ada kanak-kanak yang perlu dimasukkan dalam kategori khas dan tidak boleh diberi suntikan tersebut. Misalnya, kanak-kanak yang ada sejarah epilepsi dalam keluarga mereka. Dapatkan nasihat doktor.
Bagaimana ia tersebar?
Batuk kokol tersebar melalui:
- titisan pernafasan apabila batuk, bersin, bercakap atau mencium.
- hubungan langsung dengan permukaan yang tercemar seperti barang mainan atau tangan
- orang yang dijangkiti dengan simptom
Tanda dan Gejala
Mild Symptoms
- demam
- hidung berair
- bersin
- batuk
Selepas 1 – 2 minggu
- batuk teruk terutama waktu malam
Batuk berterusan boleh menyebabkan
- muntah
- susah bernafas
- sianosis ( turning blue )
- ketidakupayaan untuk tidur
- hilang selera makan
Komplikasi Batuk Kokol
Komplikasi Ringan
- pecah saluran darah membran mata (conjunctival haemorrhage)
- jangkitan telingah tengah
- hilang selera makan menyebabkan dehidrasi
Komplikasi Serius
- keradangan paru-paru (pneumonia)
- kurang bekalan oksigen ke otak kerana batuk berterusan menyebabkan sawan, fungsi otak tidak normal (encephalopathy) atau boleh membawa maut
Pencegahan
- complete 5 in 1 vaccination
»Pertussis
»Diphteria
»Polio
»Tetanus
»Haemophilus Influenza type b
- when you are having symptoms : wear a mask, practice cough etiquette, practice social distancing
- wash your hands properly, especially if taking care of young children : before holding next baby, after changing diapers and before breastfeeding or feeding your child